''I'VE LEARNED THAT PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU SAID, PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU DID, BUT PEOPLE WILL NEVER FORGET HOW YOU MADE THEM FEEL.''

Saturday, 24 November 2012

KAWAN itu AKU

ASSALAMUALAIKUM

Sepanjang hidup kau, memang tak akan pernah lari dari perkataan ni bukan? ''KAWAN'' . emm, dari saat pertama kita dah start pandai cakap, dengar, lihat, rasa kita dah mula berkawan. yeah, maksud aku for the first time kita kenal erti apa itu manusia di sekeliling kita dan kita mula mulakan hubungan dengan diorang. kan? :) *sila percaya fakta auta aku boleh?* hihi. 

Aku pasti dalam hidup korang mesti pernah rasa gembira yang amat, kecewa yang amat or sedih yang amat or lagi perasaan entah apa apa yang amat bukan? haha! *shuh shuh*. okay kat sini aku bukan nak merapu apa pun, just nak merepek apa yang aku rasa dalam liver dan kelapa otak aku ni ja. harap korang yang baca ni tak jealous sangat nak baca. hihi. *ehem, pakai spek balik* :D

Eh tetiba aku play lagu ''I Won't Give Up- Jason Mraz'' . Aku suka dengar lagu ni bila aku down, or stress macam orang tak tidur 4 hari. hum. Sedih sedih. Okay tajuk entry aku macam pening sikit kan? korang faham? tak? takpe, meh sini aku nak story. 

Okay, ada sorang budak perempuan ni, tak lah famous macam Lisa surihani or kak Leefa korang tu, budak  biasa je. Ala, dia ni dok niaga siput sedut tepi jalan hospital Penang ni. Pernah nampak? dia salu sengih macam kerang wangi je tepi jalan tu. Gara gara nak pancing orang suruh beli siput sedut dia tu. ish ish. kesian. haha! Senang cerita aku kasi nama si ''B'' kat dia ni. okay, si B ni sorang yang sangat menyedihkan, sikit sikit sedih, sikit sikit nangis. ciss! sikit sikit happy macam orang kena santau angin ahmar, kadang tu MasyaAllah perangai hudoh bebenor lah sampai orang naik meluat ngan cemuih lah ngan dia. hihihi. Adalah haritu, budak ni stress pasal exam maybe. Dia silap jawab kot, adalah hilang dalam 6 markah. Serius si B tu jadi down sesangat whole week tu. Tidur tak lena macam orang hilang bulu mata, makan tak lalu macam gigi palsu hilang cz tak guna polident, mandi tak kering macam orang takde towel 100% cotton -.-' .hihi. hum. 

Puaslah si B tu nangis macam hilang seliper jepun nak masuk toilet. haih. Habis merah, bengkak mata dia. Nasib lah ada roomate tersayang dia nak tolong bagi motivasi , taklah dia buat perangai meroyan dia tu. haha. Kadang aku sendiri tak faham dia tu. Grr. Every problems = SOUND . keep rotating dalam kepala masalah yang dihadapi kan?

Okay, ada sorang Bestie si B ni, selalu memahami si B ni. si B sangat sayang la kan kat besties dia tu. That night bestie si B tu kasi benda ni :


 okay, time ni si B tu tengah study maybe. err, Bestie si B ni datang macam muka PONTIANAK kau tahu ! dia dah la tempek bedak sejuk bertompok tompok, malam pulak tu. Siap datang sesenyap ja belakang si B, mau tak cuak si B tu, habis hilang memori , ilmu yang dia dok study memain malam tu. hahaha! *padan muka kau* . :D actually, besties si B tu tau yang dia tengah sedih. so maybe nak pujok la kekonon. haha! Pujuk apa, lepas kasi terus lari lelaju keluar bilik macam lipas kudung ja . hahahaha! nak kena la tuh.macam drama kasih kekasih pulak aku tengok. 

*jeng jeng jeng* kau tahu apa dalam sampul tu? haaaaaaaa, ada surat cinta buat si B. kau ada? nak? bisik kat kawan suruh buat satu sebiljik camtu. haha! ni surat dia : 







padahal sebelah bilik je diorang nih, tapi.... haha. She's vely vely vely sweet lah si besties ni, malam tu kan si B ni terharu la sangat sampai nangis sekali lagi. SEDIH LAGI ==''. aduhai sayang. tapi! bukan sedih, happy actually. :) *lap air mata kat bulu mata kucing aku*
Dalam surat tu dia kata :

'' Dear Nurul Jannah @ si B, my little good friend. Jangan berduka dan bersedih sebab semua yang terjadi pasti ada hikmah kan? LA TAHZAN ya dear. *tersenyum sensorang*. Such a strong girl, come eat and enjoy this buah PLUM yang masam masam manis because ada kalanya kita perlukan ''masam'' dan saya sentiasa mahu awak ''manis'' - hugs :) *tersentuh hati aku ni tahu?*''

haaa, si bestie ni ada kasi sebijik buah plum sebagai tanda pujuk maybe. hihihi. :D 


by the way, plum ni sangat manis actually. haha! Si B tu kata la kan. errrrr. bukan masam pun. Hilang jugaklah lapar dia malam tu :) #Thanks to bestie.
Okay, kadang kita selalu sedih sampai satu tahap kita tak perasan orang sekeliling kita rasa perubahan diri kita yang ketara. Emm taklah sedih sangat actaully, over maybe. hihi. okay now korang dah tau sapa si B tu kan? hahahaha! teka sapa? okay teka sensorang sudah! Si bestie yang dalam cerita dongeng ni adalah sahabat baik aku, Si Nurul Fatin Syuhada binti Ghazali. Dia ni dahla baik, sopan, cantik, peramah, pandai. err macam macam lagi lah. Dia sangat sempurna depan mata aku tahu? nak berkenalan? sorry, dah berpunya. hihihihi. Sorry tien, ter ''official'' jap. hoho! 

Bagi aku, kawan yang baik dan sejati adalah mereka yang sentiasa memberi nasihat, membimbing ke arah kebaikan dan sentiasa memberi kata semangat ketika kita jatuh. Setiap kata kata mereka adalah kata kata aku. Itu yang aku maksudkan KAWAN itu AKU. Get it? Ya, memang ramai kawan kita yang baik. Aku ada ramai kawan yang baik, semua aku sayang. Act nak story pasal ramai lagi, tapi korang terlalu sempurna and tak dapat di luahkan dengan kata kata. :) Aku je yang tak seberapa nak baik, buli ja selalu. hum. Sorry girls. :) hihihi.

-Kawan yang baik tidak pernah mengumpat dibelakang kawan.
-Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan yang dimiliki oleh kawannya.
-Kawan yang baik tak pernah ajak kawannya buat perkara sia sia.
-Kawan yang baik adalah kawan pertama yang dicari tatkala sedih dan gemira dikongsi bersama.
-Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawannya ada ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang terbaik untuk kawannya.
-Kawan yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan kawannya di dunia dan akhirat.
-Kita adalah kawan baik jika kita faham kawan kita adalah tidak sempurna.

now, my teddy bear or my Mr. Muchos with Mr. Chico dah ada kawan. Nama dia Mr. Barney. haha! 

 
tadaaaaa! sweetkan diorang? Ha, si barney tu kawan bear dalam bilik aku jugak yang bestie aku kasi time my birthday dulu. hihi. Dalam perut si barney tu boleh picit picit lagi tahu? bila picit je, ada lagu.. ''I LOVE YOU, YOU LOVE ME, WE'RE HAPPY FAMILY. bla bla bla bla'' hahaha! so cute ! sebijik macam perangai orang yang kasi kat aku tuh. hohohii!

lagu dia tentang sahabat ! ni cuba nyany, nanti terasa comel tahu? hihihihi :D. 

I love you You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too

okay, saya sayang semua. setiap yang berlaku ada hikmahnya. so lepas ni let bygone be bygone. Sayang kawan saya itu si Tien tien <3 hihiks ,Thanks for everything dear ratu cantik KKPP :D. Kbai!
 


Sunday, 18 November 2012

SADNESS is my friend

ASSALAMUALAIKUM

Kadangkala apa yang kau inginkan selalu tidak terjadi, tetapi kadang benda yang kau tak inginkan selalu terjadi. Itu normal bukan? kadang kau sedih, but kau cuba cover behind your sweet face yang macam orang BAHAGIA dekat hospital Bahagia i know that's just a fake face that you can make. hum. Everything is gonna be fine *pujuk hati sendiri*. Ramai orang kata, ''Hidup ni, selalu kena move on kalau buatkan kita down or sebabkan kita serabut'' . But korang ingat senang nak move on? senang macam ABC? who says? *aku ketuk dengan dengan terompah kayu sensorang nanti*

''bukan susah kita nak tunjukkan kesedihan kita , cuma orang akan lebih bahagia kalau lihat kita tersenyum daripada kita bersedih .''

kan? betulkan apa aku cakap tu? ke tak? okay, its up to you asalkan korang bahagia. :). Eh, korang kalau sedih mesti jadi gila gila sikit macam orang terlebih makan arang. kan? normal la bagi orang yang selalu jiwa kacau kan? haha! But, for those yang active dalam social network mesti akan lepaskan dalam Twitter, Facebook or memana je lah kan kemarahan, kesedihan , ketidakpuasan hati korang yang membuak buak macam kuah kari kepala ikan kat kedai mamak nasik kandar line clear tu kan? hum. Well, itu normal. PENDAM , PENDAM, sila PENDAM sampai one day korang tak boleh PENDAM dah, last last habis PERASAAN tu makan diri sendiri. Makan la hati tu, dahla ada satu hati. Makan pulak hati sebesar tapak tangan korang yang tak seberapa besar tu, so takde lah hati nanti. SO JADI ORANG TAKDA HATI. mau? euww! so sad! Because of that, jangan terkejut or menyesal bila one day kau unsangkarable dah lukakan hati kawan, or sesapa kat sekeliling kau disebabkan perasaan yang kau pendam tu diluahkan secara salah, or dalam erti kata lain kau terkasar bahasa pada orang yang ambil berat pada kau. kan? agree? *terasa? good then* :) sila pegi mintak maaf cepat! hihihi. hum

When orang yang selalu happy macam tak pernah makan cili or tak pernah jatuh longkang or anything ni jadi SEDIH, yeah at that time dia akan jadi SOMEONE YANG PENUH DENGAN KESEDIHAN. Bila dah sampai tahap ni dia akan berubah. Makan tak lalu macam orang baru lepas kena baling buah durian lagi, tidur pun bertemankan air mata yang berlinang macam air kolam air panas tu, cakap pon macam baru tersedar dari koma 3 minggu. buat kerja macam orang tak pernah makan nasik sepanjang hidup. hum. Maybe berubah dalam segala benda, not just in physical or mental but overall yang melibatkan kehidupan seharian dia dengan orang sekeliling. Kan? Kadang aku sendiri pun tak percaya yang aku sendiri pernah berubah sampai macam tu sekali. Okay fine, sapa tak pernah rasa sakit? cuba mengaku? tipu sangat kan? herrr. but at least selepas berdoa, mintak petunjuk semua dari Allah, everything jadi normal. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Yea, maybe not too happy. But just fine, manusia mana mungkin tak di uji oleh Maha Penciptanya. kan? 

'' Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.'' 

okay, tepuk dada tanya hati '' kalau taknak sakit lagi, sila lupakan kesedihan tu even ambil masa yang panjang, biar masa mengubati segalanya'' kan? kadang kita harus buat macam tu, baru hidup kita InsyaAllah lebih tenang. :) . wahh, emonya aku malam camni. hahahahahhahaha! *terus di lempang lelaju oleh roomate tersayang* hahah! em k fine. Please take note, kadang kadang susah orang nak jujur and berterus terang , even dengan diri dia sendiri sekalipun .banyak fake feelings sekarang ni. aku salah sorang. itu normal . hum kan? kadang kau sendiri pon tak tahu kenapa kau sedih, yeah itu adalah something yang kerap berlaku pada korang kan? ngaku ja lahhh. simple. :). Tolonglah ingat, nak membahagiakan orang tu bukan senang , tapi kalau nak buat dia terluka bila bila masa je boleh even dengan perbuatan kita sendiri . so setiap langkah kaki ke or langkah apa pon yang korang ambil dengan menggunakan akal buah anggur kelapa fikiran or tanpa berfikiran waras sekalipon, sila hati hati okay? once they get hurt, the scars stay there even luka tu dah sembuh.

I know that you hide the pain by smiling , hide the tears by laughing and hide the sadness by lying .fuhhh, please be nice to me jannah. please. :) *smiling*. Hati kita ni bukan tempat korang nak siat siat, tempat nak cucuk cucuk, nampak ja kenyal tapi IANYA SANGAT RAPUH. YEAH, IANYA SANGAT RAPUH, itu pasti. Maafkan diri ini kerana selalu menyakitimu dengan bebanan yang terlalu berat untuk ditanggung olehmu wahai Hati . Sungguh aku tidak menginginkan, tapi aku terpaksa kerana dalam diri aku yang paling kuat adalah mu wahai HATI. Tanpamu aku mati. 

Mesti korang selalu terfikir, or keep thinking bilalah nak lenyap semua kesakitan dan kesedihan yang dah sebati dengan diri korang kan? emm, semua boleh hilang secara cepat atau lambat. yang penting sekuat mana diri kita nak hadapi kesakitan tu. Bila saat nak terhenti? tidak mungkin sehingga kita menghembuskan nafas terakhir di dunia ni. Dunia ni segala kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, or anything semua ni adalah HIASAN SEMENTARA. kau kena admit semua tu, kena accept dengan redha. Itu wajib. kan? hey come on lah, bangun! bangun! kau kuat sebenarnya cuma kau tak pandai nak face masalah tu dengan betul. Nak tau caranya? Mintak petunjuk pada Allah, sentiasa sujud kepadanya. So hidup kau takkan lagi sepi. Aku pasti ! 

okay, aku harap diri aku, kau, dia dan mereka sudah di motivasikan oleh diri sendiri. Hidup ni simple actually, so macam aku kata dulu.. jangan serabutkannya okay? Good :)

okay, that's all for this entry. Next time kita story yang lebih happening okay? take a good care of yourself, keep saying Alhamdulillah atas ujian yang Allah berikan. Allah sayang kita, yaa Allah sangat sayang hambaNya. Itu pasti selagi kita sentiasa mengingatiNya dan berdoa kepadanya. Wassalam.

Thursday, 15 November 2012

surat cinta buat bakal crush!

ASSALAMUALAIKUM

okay, my diwali leave yang banyak sampai berbakul bakul sudah tinggal 2 hari . FINE itu sangat bagus untuk aku . Yeah, bagus untuk aku yang tak sukakan cuti panjang ni. Yeah jugakk dimana menghabiskan cuti dengan melepak dirumah, jenjalan dan berjimba jimba dengan kenkawan. Fuhhh! *lap peluh di hidung* haha! Hmm, ala kat rumah aku main bedal ja nak tido pukul berapa pun, bangun pukul berapa pun takda sape kacau! haha *padahal kena simbah air sabun basuh keta abah aku* yipiii!

okay, dengan bangganya aku bangun dan terus capai towel nak pegi mandi . *muka bangun tido* . Then datang pulak Puan Norani kau!

''Sila bangun cepat sikit, pegi mandi cepat cepat pastu siap, bawak mak pegi market'' 
okay itu sangat suweeet dari Puan Noraini. Lantas aku yang separuh sedar pon jalan lelaju macam KUMBANG TAKDA KAKI! bhahaha! sadisnyaaaaa!

Bahagianya nak balik Hostel usang tu. Yeeehaaaa! Selamat tinggal kau Ju On, please jangan rindu aku. *terjun longkang* hhahaha! okay cukup! straight to the point. Aha! Title entry for today macam pelik sikit bukan? ahaha! adakah Putera katak, Putera William's atau Adi Putera mungkin yang telah berjaya menawan hati batu aku ini? mari kita lihat siapa yang kena untuk baca surat nih! *baling guli bernombor* hahahahahahahahahahaha *kena terajang dengan Norlia Ghani sebab gelak banyak sangat* :D

*Okay, sebelum tu , wahai crush saya sila lah rajin bukak mata yang comel itu dan baca surat ini dengan muka yang handsome macam Aaron aziz or habis hodoh pun sehansem Aeril Zafril okay? hahaha! Alamak alamak mati aku nanti terus awak taknak kawan dengan saya kan? sorry crush! :) *campak kau tepi hutan dulu* hihiks! okay, dalam kepala korang mesti tengah fikir macam macam kan apa terjadi? Aku ni terjumpak sesape ke tepi jalan, pastuh terjatuh longkang dan terus jatuh cinta. Ouh! No no no! bukan yer yer yer. Euh menyampah! hihi.



*nak mula dah ni, sila focus and buka mata sebesar bola sepak yang korang main tu okay? hoho!

''Ke hadapan bakal kekasih yang Single, Handsome, tinggi , berpangkat jutawan, berumahkan Villa cristal setinggi 3 tingkat yang masih tidak diketahui siapa, di sini saya dengan penuh perasaan sayang yang melimpah ruah dari mangkuk Nata De coco yang dimakan tadi ingin menyatakan hasrat ingin menjadikan awak sebagai bakal crush saya yang comel macam muka semut ini. Hewhewhew *sila jentik hidung lelaju dan humban masuk gaung* haha! emm emm, saya tahu awak dulu banyak selingkuh dengan ramai gadis gadis di luar surat seberat kampit beras 10 kilo bersawang ini. kan? elehhh, tahu lah jangan menipu you! I bakar rumah you duduk sekarang kang. hergh! hmm. Okay, sila diam dari mengata i. ish!.

Em even saya ni janda anak dua, perangai slumber dekk je nak pukul orang, jual anak sebagai anak ayam demi topup telefon, pakai baju pon butang tak cukup, tapi hati saya ikhlas tahu? tapi tak bermakna saya tak boleh bercinta okay? tambah tambah awak yang saya suka sampai makan keluar ikut hidung, mandi basah satu rumah, tidur sampai kena simbah dengan air sabun. Tapi takpe, saya tetap sayang awak tahu? Begitu besar pengorbanan sya kat awak sampai ada mamat cashier kat 7 eleven tu usha saya tapi saya buat taktau je sebab sayangnyaa saya kat awak. Tak pernah terlintas pun kat kelapa otak saya nak curang terhadap perasaan saya ni. Sebab? saya pernah dengar awak bersembang dengan kawan awak . awak kata  :

''  AKU INGIN MENCARI SEORANG WANITA YANG ADA SIFAT KEIBUAN DAN TIDAK MEMENTINGKAN PANGKAT DAN DARJAT, HARTA SEMUA TUH''

haaa, see saya la tu awak! Saya dahlah ibu tunggal! ada anak 2 orang. Sorang nama Damia Aleesya, sorang nama Ahmad Danial. Diorang comel macam saya jugak. Tak percaya? Sila Gooooglee search nama Emma Watson dengan Zayn Malik. HAHAHA! nanti bila anak saya besar umur 20 tahun, muka diorang sejibik macam tu. hahaha! *kena lempang lelaju dari mak tiri Zayn malik sebab curi publicity anak dia*

tapi dari segi harta, pangkat semua tu sya tak boleh elak. takkan nak kasi anak saya makan butang baju melayu awak yang berkarat tu? hmm? takkan makan pasir yang berselut air garam dan garam kasar tu? emm, takpe takpe. saya kurangkan sikit lah syarat saya ni kan. Deal? *padahal aku yang terhegeh macam melukut tepi kuali berlumut* haha! emm, Yang penting awak ada pekerjaan tetap dan boleh tanggung kami sekeluarga dan ada iman dan agama yang baik serta boleh bimbing kami. Ceeewaaaah! Itu pun cukup bertuah bagi saya wak. Satu je pesanan saya kat awak'' jangan pernah manjakan saya dengan harta dan duit, tetapi manjakan dengan kasih sayang awak yang sentiasa berbelah bahagi dengan skandal awak kat luar tu'' okay? saya redha je awak. *senyum macam kucing tertelan ekor biawak padahal tengah fake feeling* hihi! 

Alah, lagipun saya pernah terkutip resit bank awak time awak withdraw duit. Total balance semua RM 12.50 sen kan kan? Ngaku jelah. Kan dah kayap papa kedana disebabkan si skandal awak yang pisau cukur tu. Tu pon tak serik serik lagi nak pasang lagi sorang skandal. kaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn? *kena lempang sekali lagi dengan awak* SAMPAI HATI KAU! aku ceraikan kau talak 3! ehh ehh. terbalik character. ehem back to the point. haa. betul la kan? see!. Awak nak ke dapat Syphillis? euhh saya tak nak! terus saya reject awak dalam memori saya. *buang otak dalam mesin basuh* hum.  Awak, please lah sedar dari mimpi. Awak tu dahla hensem macam Salmon khan, single, kaya. tapi Lifestyle tak comey pong! guane wakk? maghi saye bimbing. hihiks :D *ikat tali kat tangan*

Awak, saya tahu saya ni taklah secomel Diana Danielle, scha Alyahya, or Lisa surihani. But, boleh la tahan kalau nak di comparekan dari Diva si Ning Baizura tu. okay tak? hihiks! *ngade kauuuuu* em. Tapi saya nak awak tahu, secantik mana pun wanita itu, sekaya mana pun wanita itu, tetapi tidak menjaminkan cinta yang berkekalan. *Padahal jeles dan restless macam ibu labi labi nak bertelur* hahahaha! ops! yaa, saya harap awak tak kisah berkawan dengan sya yang tak lah sekaya mana pon even setiap hari makan roti sekaya cicah milo je wakk. Yang penting saya ada hati yang ikhlas dan ingin berkawan dengan awak or one day maybe awak jadi cinta yang halal buat saya. *mata berair dibulu mata unta* kan awak? *kesat air mata dengan kertas surat khabar* 

 Awak, dalam dunia ni sebagai tempat persinggahan je wak sebelum kita menuju akhirat nanti. Saya harap sangat dapat menemui kebahagiaan dunia dan akhirat. Saya harap sangat ada seorang lelaki yang boleh bimbing hidup saya ke jalan yang lurus. *terdiam kejap fikir ayat* emm, haa! bukan setakat jalan yang lurus je wak, tapi jalan yang benar. eh bukan senang kot awak oii! even jalan lurus kat highway plus tu, bawah jalan pun still ada lubang yang boleh buat jalan tu berlubang balik. who knows?haa, faham? ke tak faham? abaikan! emm. lembab lah kau! hohoho*kena baling tembikai 8 bijik kat sixpack aku* hihiks! 

saya ni bukan berasal dari keluarga yang senang macam awak. Awak takpelah dulu masa berhingus kuning hijau lagi mintak ape semua dapat. Even nak beli Helicopter Donald Trumph tu pon Daddy awak sanggup beli. Tak jejas pulak tu ekonomi saham ayah awak. begitu kayanya awak si klon Salmon khan! ciss! *jeles*
haha! Try awak fikir nasib saya ni, nak makan pon kena puasa 5 hari baru dapat beli satu slice blueberry cheese cake. Betapa sedihnya saya awak tahu?. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. *lap hingus* hoho! ehem. 

*one day anak saya si Damia bertanya :

Ibu Ibu, kenapa Damia takde papa? kenapa kawan damia semua ada papa boleh bawak pegi main dekat playground , pegi berkelah tepi pantai, masak sesama, basuh keta sesama semua ibu? papa pergi mana ibu? Papa tak pernah sentuh pun Damia macam papa orang lain.

Papa dah takde damia, dia pergi menikah dengan skandal dia dulu. Sanggup dia tinggalkan mama sensorang dengan anak dua kat rumah papan bakal runtuh 2,3 jam lagi ni. Mama takkan maafkan dia hingga dia datang melutut depan pasu bunga mama yang dia pecahkan time bergaduh dulu. Eh, beli mahal tau kat kedai bunga depan jalan tu. hum.

*biru tu damia
*purple tu saya

sangat tragis kisah hidup saya awak. Dulu saya menikah dengan dia sebab saya tertipu dengan segala janji manis macam gula prai dia kasi kat saya. Sedangkan dia selingkuh dengan saya hidup hidup. Saya buta hati, sakit hati,patah hati semua ada. *meraung seperti orang nak beranak* Sebulan lepas saya tau dia kawen lain, saya dapat tau yang dia kemalangan time nak pergi jemput bini dia makan tutti fruitty dekat jitra tu. Tau jitra? alah jitra pun taktau! ehem! *lap air mata kering* emm, sebab tu saya nasihatkan awak supaya tak berskandal lagi dah. Tuhan tu maha Adil. Siap bayar CASH lagi awak tahu? Saya tergolong dalam golongan orang teraniaya. hum.  

Setiap kali Damia dengan Danial pegi main dekat playground dan naik basikal, saya selalu termenung macam orang gila bayang dan berfikir sape lah yang sanggup tanggung kehidupan saya dan anak anak saya ni dengan seikhlas hati nyamuk. Alahai! Sayu je muka saya macam tak makan nasik 2 hari. *minum air limau*.
Agak agak awak sedih tak baca story saya yang takde moral value ni? Agak awak sudi tak jadi crush saya? *tadah tangan berdoa dan melutut* saya harap selepas awak baca surat ni, awak sudi lah penuhi impian Cindarella saya ni. :) 

Sudah lama saya menunggu lafaz ''AKU TERIMA NIKAHNYA'' untuk dilafazkan pada seseorang yang betul betul layak menerima saya seadanya. dan saya berharap orang yang layak menerimanya adalah awak si klon Salmon khan! hihihi. Mesti sweet kan, suap ice cream, main baling baling pisau, main tembak tembak dengan senapang gajah, main humban humban dalam laut. kan? sweet kan kita? hmm :) kalau boleh lepas awak baca surat ni, silalah faham faham hantar rombongan sekampung dekat rumah saya, tapi pastikan hantaran 22 dulang .Kurang satu, sila balik ! Pintu rumah terbuka luas! HAHAHAHAHA! okay awak sayang? *kena pulas kepala dengan Khatijah tan sebab buat gaya pak uda*. Even macam mana pun awak, saya tetap mengingati awak saat saya terbangun dan tidur malam. Awak, saya tersenyum gembira macam orang hilang gigi palsu sebab tak guna polident hari ni sebab dapat tulis surat cinta buat awak tahu? :).... okbai!

Crushmu yang janda,
Jannah Lee 
 

 





Wednesday, 14 November 2012

Sedih VS Gembira

ASSALAMUALAIKUM

*kesat air mata berlian* ehh hai ! okay tajuk entry yang paling familiar dalam hidup aku, kau, dia, dan mereka bukan? emm. Dalam hidup kita WAJIB ada 2 perasaan tu, tak boleh punya lahh nak reject. Err, maksud aku kita tak boleh pick nak sedih or happy. coz everything Allah tentukan. :)

Perasaan sedih pasti akan berlaku dlm hidup seseorang... walopong se happy2 seseorang tuh mesti ada kejadian yg hadir mmbuatkn kita ni sedih *kesat lagi* hmm.. Banyak cara kita try buat buat supaya perkara sedih tuh dpt dihilangkan.. Kadang aku pelik lah, kita ni suka sangat sedih even kita sendiri boleh kasi diri kita happy. Macam lah muka tu comel macam Aeril Zafril ke , nora danish ke yang nak sedih sedih, nangis nangis tu. ahahahaha! Buruk tahu? muka macam tertelan telur penyu 5 bijik dah aku rasa. HOHOHO. *sila tembak aku dengan senapang gajah P.Ramlee dan humban dalam perigi buruk* tapi jangan lah kita hanyut dgn perasaan itu sebab maybe boleh mudarat hampa hampa dan hampa ni semua samada dari kesihatan, personaliti, dan kualiti diri hampa tu. Cakap mau kelia selalu, ni baru uji sikit ja dahh nangis macam baby tercekik sumi. HAHA! *sila lempang* hihi. Better hampa hampa dan hampa hadapilah perasaan sedih itu dgn keterbukaan pd hati dsamping brtawakal kpd Allah Taala bahawa segala yg terjadi adalah utk kebaikan kita samada secara jelas atau or tak. okay comel? Alololo, jangan sedih sedih dah besar kan kan ,cemana nak kawen asekk sedihhhh jaaa . hohoho. ? 

Actually banyak cara kita boleh buat untuk atasi sedih ni. Depend pada diri korang lah kuat or tak. okay? okay ni ada sikit tips. Dah dah, senyum please? Alah, tak keluaq peluh pun, toksah kedekut. haha! 


1. Cuba sibukkan diri korang dgn aktiviti- aktiviti luar, samada aktiviti dengan keluarga, bestfriend, sedara mara. At least tak lah sedih sangat sampai bad mood sehari macam orang datang bulan ja. haha!

2. Pi bercuti kat mana mana ! Alah tak kisahlah memana pon. pusat peranginan kaa, melancong kaa.  amik la masa utk tenangkan perasaan hampa yang tengah JIWA KACAU tu. hohoho! okay what, at least ada benda nak tengok kan? dgn menikmati suasana kat tempat tu, main main sikit aktiviti yang depa sediakan, try something new mana tau maybe jadi sweet memories yg buatkan kisah sedih hampa yang tak mungkin orang nangis tu hilang. hahaha! *sila tarik telinga aku*

3. KAWAN! yaa cari kawan or bestie sebagai tempat utk mngadu.. coz perasaan sedih bukan senang nak hilang if kita tak luahkan. jangan lah malu nak share share, cari lah org yg betul memahami kita atau someone yg pada pendapat kita dapat beri nasihat and boleh membantu kita utk melupakan perkara sedih tu. SHARING IS CARING kan? :)

4. Sila main main dengan hobi korang. Tak kisah la, main futsal ka, dengaq lagu ka, jahit baju ka, karaoke ka. Buat ja, selagi tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Yaa, kadang aku pon bedal jaa buat benda yang aku tak suka pon ada. Tapi last last kita taklah terfikir sangat probs tu. Life kita ni simple ja actually. tak yah serabutkan. okay? 


5. Antara yg terbaik sekali dalam usaha nak menghilangkan perasaan sedih adalah dengan kembali mengingati kpd-NYA.. Pegi la ke majlis ilmu, ceramah utk dengar hidayah Allah. Setiap ceramah yg di sampaikan oleh Ustaz or Ustazah yang  membawa Hidayah utk kita. Sebab apa? sebabnya bila kita mendengar ceramah atau menghadirkan diri ke majlis2 ilmu dpt melembutkn hati kita disamping dpt meningkatkn keimanan and secara tak langsung akan memuhasabahkn diri kita.. *jadi motivator pulak aku* hahaha! :D

6. Dan yang PALING TERBAIK untuk kita padamkan perasaan sedih adalah dgn melakukan Solat sunat Taubat, Hajat. Buat lah solat Taubat dgn seikhlas hati, memanjatkn keampunan kpd-Nya akan dosa yg telah kita lakukan.Then buat Solat Hajat, memohon agar dibersihkan hati ini dr perasan sedih kita itu dn di gantikan dgn sesuatu yg baik utk menjalankan kehidupan kita dgn lebih baik di samping momohon petunjuk serta hidayah yg dpt meningkatkn tahap keimanan kita.

7. Tenteramkn Hati dgn berzikir. Moga dgn zikir yg brpanjangan dpt bantu kita dlm mententeramkn jiwa selain meningkatkn keimanan kita kpd Allah S.W.T. okay dak gi? hope dah okay. :)




okay?


okay, cecukuplah jadi motivator tak bergaji dalam blog bersawang aku ni, dah dah. Ju On pun tengah guling guling nangis tengok kau nangis sebab huduh sangat. hahaha! okay, diharapkan banyak bersabar. La Tahzan kawan :)

Tuesday, 13 November 2012

Salam Maal Hijrah

ASSALAMUALAIKUM


hey guys and budds yang comel, handsome . Okay disini Saya Nurul Jannah Ramli or yang hampa dok panggil Jayjay lahh, jann lahh, jannah laah haa nak curik masa hampa sat. hihihi *sila betulkan cara duduk dengan pakai spek bagi yang rabun* HAHAHA. ehem okay .

okay, sebenarnya hampa tau dak Maal Hijrah ni bersempena kejadian apa? emm, rasa hampa tau, tapi maybe ada yang dah lupa. okay lemme tell you again this story. *Bedtime story from kakak misi. * HIOHIHOHIO. *sila baling lelaju laptop hampa kat aku* haha.




Al-Kisah :

Okay, tema Maal Hijrah kita tahun ni adalah '' Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah''. Sedar ataupun tidak, kita sekarang  berada di penghujung bagi tahun 1433H. Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tahun yang telah kita lalui, ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan, namun semua itu mengamit memori dan kenangan dalam hidup kita sebagai insan  hamba Allah SWT yang serba kekurangan dan kerdil ini. Sehari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah, pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini. Ma’al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA.  Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” 

 okay kawan sekalian,

Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membina masa depan ummah yang berteraskan petunjuk al-Quran al- Karim. Dalam masa 10 tahun sahaja umat Islam di  Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. Pengajaran yang penting kepada kita daripada peristiwa ini ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.  Justeru, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.” 

 kesimpulannya :

"Maal Hijrah @ Awal Muharam" merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

sempena Maal Hijarah Yang Bakal Kita Sambut Dalam Waktu Cuti Sekolah, jom bernasyid! haha. Terkenang zaman sekolah dulu, bila ada hari penting jaa mesti ada lawan nasyid kat dewan sekolah. :)


ehem! dulu mesti hampa wajib join perarakan time maal hijrah kat sekolah dulu kan? *Give me 5! :D




Disini, saya ingin memohon maaf andai ada yang terkasar bahasa, terasa hati *memang sengaja pun* haha! emm, maafkanlah yaa sebelum buku catatan di tutup, segala amalan diangkat kapada Pencipta iaitu Allah SWT. Lalu di ganti dgn "buku catatan amalan" yg baru. Pada 15 November 2012 ini bersamaan 1 Muharram . Jom lah kita beramai ramai berubah ke arah kebaikan. sesungguhnya Allah selalu menawarkan pahala kepada kita, sentiasa menerima taubat hambanya. :)

okay, renungkan dan selamat beramal !

I'M SORRY

Assalamualaikum, hey there we meet again here. Fuhhh fuhhh *tiup sawang* . Err dah lama maybe tak menaip. Agak agak Ju On sila keluar sekarang sebelum aku cucuh ubat nyamuk. Em. KELUAQ cepat! MUHAHAHAHA! *gelak Rika Sumanto .

okay dalam hidup ni adakalanya kita sedih dalam kegembiraan, atau gembira dalam sedih. Itu Fair and square bukan? emm. Heart just know. Okay kali ni entry pasal kisah Pencil And Eraser. Diorang Sahabat baik. :)

Kadang kita perlu terima dengan ikhlas apa yang terjadi even kita sendiri pon tak expect apa yg bakal terjadi. Jyeaaah! Aku berfalsafah di sini. hahaha! Sorry . hum

okay baca ni dan hayati :




Pencil : I'm sorry.
Eraser : For what? you didn't do anything wrong.
Pencil : I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever i made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of y
ourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser : That's true. But i don't really mind. You see , i was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, i know i'll gone and you'll replace me with a new one , i'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)
sedih bukan? *nah sekotak tisu* hihihi.
hum hum. sedih lagi tamau la sedihh sedihh. chill okay?
REMEMBER !

Baik mcm mana pun kita , pasti ada orang yang tak suka.
Buruk mcm mana pun kita, pasti ada orang yang masih menerima. Bersabarlah, itu kan lumrah hidup :) plus, siapapun kamu dimasa silam, tidak bermakna hari ini kamu tak mampu untuk menjadi seorang muslim/muslimah yang baik. :) ♥
Sesungguhnya aku sayang diorang ni even ada pahit manis antara kami. Tapi itu normal sebab ADAT BERKAWAN kan? agree? BTW, AKU MINTAK MAAF if pernah buat salah dengan korang. Please :) *Give me 5 !

Haaa, kat atas ni President Group 1/2011 time semester 4. She's very cute and ohsemm! Pelajar cemerlang SPM wokk1 hihi. Pssstt! *ni gambar curi. MUHAHAHAHA! jgn marah naa!
 


From left : Farah nadia, Me, Nor Azeani, Nurul Afifah :) #GengHiking hihihi



my bestie :D. hihihi! From left : Wan Hana Izzati. Fatin Liana, Ku Nur Erni Fazila, Me, Ayu Abdila. :3

HAHA! ni kawan time kecik kecik dulu yang main guli, baling selipar, periuk, pisau. ahaha. 
From left : me, Norhaslinda, Syamimah, Hambali. :)


  Tadaaaa! See her big eyes! MIAHAHAHA! ni kawan blok b. hihi. From left : Siti Zulaikha, Nor Amirah Salihah, dan Syamimi Rahim. :)

hahaha! yang ni Nama dia Nurul Fatin Syuhada! :) She's my bestie. Dialah jirang aku paling ramah sekali dalam Doooooniaa nih :3. Sayang tien tien. hummm :)

err, actually ada banyak lagi, tapi ramai sangat! hihi. sorry budds. :) *sila baling lelaju kasut sekolah korang kat aku *hahaha.

*tarik nafas panjang* okay bolehh hembus, kang ada plak yang tertido tak bangun terus kat blog bersawang aku ni. haha. :D

okay, ni sesaja nak libatkan sat ustaz Azhar Idrus. ehem!  ustat kata:

Org sayang Allah akan bersegera nk buat ibadat. Blom masuk waktu, xsabar nk ke masjid. Ibarat sygkan awek, blom besday dia, xsabar nk beri hadiah!
hahaha! okay. dah cukup. Letih dan nak tido. Next Entry please. kbai peeps! <3