''I'VE LEARNED THAT PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU SAID, PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU DID, BUT PEOPLE WILL NEVER FORGET HOW YOU MADE THEM FEEL.''

Tuesday, 13 November 2012

Salam Maal Hijrah

ASSALAMUALAIKUM


hey guys and budds yang comel, handsome . Okay disini Saya Nurul Jannah Ramli or yang hampa dok panggil Jayjay lahh, jann lahh, jannah laah haa nak curik masa hampa sat. hihihi *sila betulkan cara duduk dengan pakai spek bagi yang rabun* HAHAHA. ehem okay .

okay, sebenarnya hampa tau dak Maal Hijrah ni bersempena kejadian apa? emm, rasa hampa tau, tapi maybe ada yang dah lupa. okay lemme tell you again this story. *Bedtime story from kakak misi. * HIOHIHOHIO. *sila baling lelaju laptop hampa kat aku* haha.




Al-Kisah :

Okay, tema Maal Hijrah kita tahun ni adalah '' Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah''. Sedar ataupun tidak, kita sekarang  berada di penghujung bagi tahun 1433H. Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tahun yang telah kita lalui, ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan, namun semua itu mengamit memori dan kenangan dalam hidup kita sebagai insan  hamba Allah SWT yang serba kekurangan dan kerdil ini. Sehari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah, pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru hijrah ini. Ma’al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA.  Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan membina masa depan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” 

 okay kawan sekalian,

Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membina masa depan ummah yang berteraskan petunjuk al-Quran al- Karim. Dalam masa 10 tahun sahaja umat Islam di  Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. Pengajaran yang penting kepada kita daripada peristiwa ini ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.  Justeru, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.” 

 kesimpulannya :

"Maal Hijrah @ Awal Muharam" merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

sempena Maal Hijarah Yang Bakal Kita Sambut Dalam Waktu Cuti Sekolah, jom bernasyid! haha. Terkenang zaman sekolah dulu, bila ada hari penting jaa mesti ada lawan nasyid kat dewan sekolah. :)


ehem! dulu mesti hampa wajib join perarakan time maal hijrah kat sekolah dulu kan? *Give me 5! :D




Disini, saya ingin memohon maaf andai ada yang terkasar bahasa, terasa hati *memang sengaja pun* haha! emm, maafkanlah yaa sebelum buku catatan di tutup, segala amalan diangkat kapada Pencipta iaitu Allah SWT. Lalu di ganti dgn "buku catatan amalan" yg baru. Pada 15 November 2012 ini bersamaan 1 Muharram . Jom lah kita beramai ramai berubah ke arah kebaikan. sesungguhnya Allah selalu menawarkan pahala kepada kita, sentiasa menerima taubat hambanya. :)

okay, renungkan dan selamat beramal !

No comments:

Post a Comment