''I'VE LEARNED THAT PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU SAID, PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU DID, BUT PEOPLE WILL NEVER FORGET HOW YOU MADE THEM FEEL.''

Thursday, 15 November 2012

surat cinta buat bakal crush!

ASSALAMUALAIKUM

okay, my diwali leave yang banyak sampai berbakul bakul sudah tinggal 2 hari . FINE itu sangat bagus untuk aku . Yeah, bagus untuk aku yang tak sukakan cuti panjang ni. Yeah jugakk dimana menghabiskan cuti dengan melepak dirumah, jenjalan dan berjimba jimba dengan kenkawan. Fuhhh! *lap peluh di hidung* haha! Hmm, ala kat rumah aku main bedal ja nak tido pukul berapa pun, bangun pukul berapa pun takda sape kacau! haha *padahal kena simbah air sabun basuh keta abah aku* yipiii!

okay, dengan bangganya aku bangun dan terus capai towel nak pegi mandi . *muka bangun tido* . Then datang pulak Puan Norani kau!

''Sila bangun cepat sikit, pegi mandi cepat cepat pastu siap, bawak mak pegi market'' 
okay itu sangat suweeet dari Puan Noraini. Lantas aku yang separuh sedar pon jalan lelaju macam KUMBANG TAKDA KAKI! bhahaha! sadisnyaaaaa!

Bahagianya nak balik Hostel usang tu. Yeeehaaaa! Selamat tinggal kau Ju On, please jangan rindu aku. *terjun longkang* hhahaha! okay cukup! straight to the point. Aha! Title entry for today macam pelik sikit bukan? ahaha! adakah Putera katak, Putera William's atau Adi Putera mungkin yang telah berjaya menawan hati batu aku ini? mari kita lihat siapa yang kena untuk baca surat nih! *baling guli bernombor* hahahahahahahahahahaha *kena terajang dengan Norlia Ghani sebab gelak banyak sangat* :D

*Okay, sebelum tu , wahai crush saya sila lah rajin bukak mata yang comel itu dan baca surat ini dengan muka yang handsome macam Aaron aziz or habis hodoh pun sehansem Aeril Zafril okay? hahaha! Alamak alamak mati aku nanti terus awak taknak kawan dengan saya kan? sorry crush! :) *campak kau tepi hutan dulu* hihiks! okay, dalam kepala korang mesti tengah fikir macam macam kan apa terjadi? Aku ni terjumpak sesape ke tepi jalan, pastuh terjatuh longkang dan terus jatuh cinta. Ouh! No no no! bukan yer yer yer. Euh menyampah! hihi.



*nak mula dah ni, sila focus and buka mata sebesar bola sepak yang korang main tu okay? hoho!

''Ke hadapan bakal kekasih yang Single, Handsome, tinggi , berpangkat jutawan, berumahkan Villa cristal setinggi 3 tingkat yang masih tidak diketahui siapa, di sini saya dengan penuh perasaan sayang yang melimpah ruah dari mangkuk Nata De coco yang dimakan tadi ingin menyatakan hasrat ingin menjadikan awak sebagai bakal crush saya yang comel macam muka semut ini. Hewhewhew *sila jentik hidung lelaju dan humban masuk gaung* haha! emm emm, saya tahu awak dulu banyak selingkuh dengan ramai gadis gadis di luar surat seberat kampit beras 10 kilo bersawang ini. kan? elehhh, tahu lah jangan menipu you! I bakar rumah you duduk sekarang kang. hergh! hmm. Okay, sila diam dari mengata i. ish!.

Em even saya ni janda anak dua, perangai slumber dekk je nak pukul orang, jual anak sebagai anak ayam demi topup telefon, pakai baju pon butang tak cukup, tapi hati saya ikhlas tahu? tapi tak bermakna saya tak boleh bercinta okay? tambah tambah awak yang saya suka sampai makan keluar ikut hidung, mandi basah satu rumah, tidur sampai kena simbah dengan air sabun. Tapi takpe, saya tetap sayang awak tahu? Begitu besar pengorbanan sya kat awak sampai ada mamat cashier kat 7 eleven tu usha saya tapi saya buat taktau je sebab sayangnyaa saya kat awak. Tak pernah terlintas pun kat kelapa otak saya nak curang terhadap perasaan saya ni. Sebab? saya pernah dengar awak bersembang dengan kawan awak . awak kata  :

''  AKU INGIN MENCARI SEORANG WANITA YANG ADA SIFAT KEIBUAN DAN TIDAK MEMENTINGKAN PANGKAT DAN DARJAT, HARTA SEMUA TUH''

haaa, see saya la tu awak! Saya dahlah ibu tunggal! ada anak 2 orang. Sorang nama Damia Aleesya, sorang nama Ahmad Danial. Diorang comel macam saya jugak. Tak percaya? Sila Gooooglee search nama Emma Watson dengan Zayn Malik. HAHAHA! nanti bila anak saya besar umur 20 tahun, muka diorang sejibik macam tu. hahaha! *kena lempang lelaju dari mak tiri Zayn malik sebab curi publicity anak dia*

tapi dari segi harta, pangkat semua tu sya tak boleh elak. takkan nak kasi anak saya makan butang baju melayu awak yang berkarat tu? hmm? takkan makan pasir yang berselut air garam dan garam kasar tu? emm, takpe takpe. saya kurangkan sikit lah syarat saya ni kan. Deal? *padahal aku yang terhegeh macam melukut tepi kuali berlumut* haha! emm, Yang penting awak ada pekerjaan tetap dan boleh tanggung kami sekeluarga dan ada iman dan agama yang baik serta boleh bimbing kami. Ceeewaaaah! Itu pun cukup bertuah bagi saya wak. Satu je pesanan saya kat awak'' jangan pernah manjakan saya dengan harta dan duit, tetapi manjakan dengan kasih sayang awak yang sentiasa berbelah bahagi dengan skandal awak kat luar tu'' okay? saya redha je awak. *senyum macam kucing tertelan ekor biawak padahal tengah fake feeling* hihi! 

Alah, lagipun saya pernah terkutip resit bank awak time awak withdraw duit. Total balance semua RM 12.50 sen kan kan? Ngaku jelah. Kan dah kayap papa kedana disebabkan si skandal awak yang pisau cukur tu. Tu pon tak serik serik lagi nak pasang lagi sorang skandal. kaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn? *kena lempang sekali lagi dengan awak* SAMPAI HATI KAU! aku ceraikan kau talak 3! ehh ehh. terbalik character. ehem back to the point. haa. betul la kan? see!. Awak nak ke dapat Syphillis? euhh saya tak nak! terus saya reject awak dalam memori saya. *buang otak dalam mesin basuh* hum.  Awak, please lah sedar dari mimpi. Awak tu dahla hensem macam Salmon khan, single, kaya. tapi Lifestyle tak comey pong! guane wakk? maghi saye bimbing. hihiks :D *ikat tali kat tangan*

Awak, saya tahu saya ni taklah secomel Diana Danielle, scha Alyahya, or Lisa surihani. But, boleh la tahan kalau nak di comparekan dari Diva si Ning Baizura tu. okay tak? hihiks! *ngade kauuuuu* em. Tapi saya nak awak tahu, secantik mana pun wanita itu, sekaya mana pun wanita itu, tetapi tidak menjaminkan cinta yang berkekalan. *Padahal jeles dan restless macam ibu labi labi nak bertelur* hahahaha! ops! yaa, saya harap awak tak kisah berkawan dengan sya yang tak lah sekaya mana pon even setiap hari makan roti sekaya cicah milo je wakk. Yang penting saya ada hati yang ikhlas dan ingin berkawan dengan awak or one day maybe awak jadi cinta yang halal buat saya. *mata berair dibulu mata unta* kan awak? *kesat air mata dengan kertas surat khabar* 

 Awak, dalam dunia ni sebagai tempat persinggahan je wak sebelum kita menuju akhirat nanti. Saya harap sangat dapat menemui kebahagiaan dunia dan akhirat. Saya harap sangat ada seorang lelaki yang boleh bimbing hidup saya ke jalan yang lurus. *terdiam kejap fikir ayat* emm, haa! bukan setakat jalan yang lurus je wak, tapi jalan yang benar. eh bukan senang kot awak oii! even jalan lurus kat highway plus tu, bawah jalan pun still ada lubang yang boleh buat jalan tu berlubang balik. who knows?haa, faham? ke tak faham? abaikan! emm. lembab lah kau! hohoho*kena baling tembikai 8 bijik kat sixpack aku* hihiks! 

saya ni bukan berasal dari keluarga yang senang macam awak. Awak takpelah dulu masa berhingus kuning hijau lagi mintak ape semua dapat. Even nak beli Helicopter Donald Trumph tu pon Daddy awak sanggup beli. Tak jejas pulak tu ekonomi saham ayah awak. begitu kayanya awak si klon Salmon khan! ciss! *jeles*
haha! Try awak fikir nasib saya ni, nak makan pon kena puasa 5 hari baru dapat beli satu slice blueberry cheese cake. Betapa sedihnya saya awak tahu?. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. *lap hingus* hoho! ehem. 

*one day anak saya si Damia bertanya :

Ibu Ibu, kenapa Damia takde papa? kenapa kawan damia semua ada papa boleh bawak pegi main dekat playground , pegi berkelah tepi pantai, masak sesama, basuh keta sesama semua ibu? papa pergi mana ibu? Papa tak pernah sentuh pun Damia macam papa orang lain.

Papa dah takde damia, dia pergi menikah dengan skandal dia dulu. Sanggup dia tinggalkan mama sensorang dengan anak dua kat rumah papan bakal runtuh 2,3 jam lagi ni. Mama takkan maafkan dia hingga dia datang melutut depan pasu bunga mama yang dia pecahkan time bergaduh dulu. Eh, beli mahal tau kat kedai bunga depan jalan tu. hum.

*biru tu damia
*purple tu saya

sangat tragis kisah hidup saya awak. Dulu saya menikah dengan dia sebab saya tertipu dengan segala janji manis macam gula prai dia kasi kat saya. Sedangkan dia selingkuh dengan saya hidup hidup. Saya buta hati, sakit hati,patah hati semua ada. *meraung seperti orang nak beranak* Sebulan lepas saya tau dia kawen lain, saya dapat tau yang dia kemalangan time nak pergi jemput bini dia makan tutti fruitty dekat jitra tu. Tau jitra? alah jitra pun taktau! ehem! *lap air mata kering* emm, sebab tu saya nasihatkan awak supaya tak berskandal lagi dah. Tuhan tu maha Adil. Siap bayar CASH lagi awak tahu? Saya tergolong dalam golongan orang teraniaya. hum.  

Setiap kali Damia dengan Danial pegi main dekat playground dan naik basikal, saya selalu termenung macam orang gila bayang dan berfikir sape lah yang sanggup tanggung kehidupan saya dan anak anak saya ni dengan seikhlas hati nyamuk. Alahai! Sayu je muka saya macam tak makan nasik 2 hari. *minum air limau*.
Agak agak awak sedih tak baca story saya yang takde moral value ni? Agak awak sudi tak jadi crush saya? *tadah tangan berdoa dan melutut* saya harap selepas awak baca surat ni, awak sudi lah penuhi impian Cindarella saya ni. :) 

Sudah lama saya menunggu lafaz ''AKU TERIMA NIKAHNYA'' untuk dilafazkan pada seseorang yang betul betul layak menerima saya seadanya. dan saya berharap orang yang layak menerimanya adalah awak si klon Salmon khan! hihihi. Mesti sweet kan, suap ice cream, main baling baling pisau, main tembak tembak dengan senapang gajah, main humban humban dalam laut. kan? sweet kan kita? hmm :) kalau boleh lepas awak baca surat ni, silalah faham faham hantar rombongan sekampung dekat rumah saya, tapi pastikan hantaran 22 dulang .Kurang satu, sila balik ! Pintu rumah terbuka luas! HAHAHAHAHA! okay awak sayang? *kena pulas kepala dengan Khatijah tan sebab buat gaya pak uda*. Even macam mana pun awak, saya tetap mengingati awak saat saya terbangun dan tidur malam. Awak, saya tersenyum gembira macam orang hilang gigi palsu sebab tak guna polident hari ni sebab dapat tulis surat cinta buat awak tahu? :).... okbai!

Crushmu yang janda,
Jannah Lee 
 

 





No comments:

Post a Comment