''I'VE LEARNED THAT PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU SAID, PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU DID, BUT PEOPLE WILL NEVER FORGET HOW YOU MADE THEM FEEL.''

Sunday, 18 November 2012

SADNESS is my friend

ASSALAMUALAIKUM

Kadangkala apa yang kau inginkan selalu tidak terjadi, tetapi kadang benda yang kau tak inginkan selalu terjadi. Itu normal bukan? kadang kau sedih, but kau cuba cover behind your sweet face yang macam orang BAHAGIA dekat hospital Bahagia i know that's just a fake face that you can make. hum. Everything is gonna be fine *pujuk hati sendiri*. Ramai orang kata, ''Hidup ni, selalu kena move on kalau buatkan kita down or sebabkan kita serabut'' . But korang ingat senang nak move on? senang macam ABC? who says? *aku ketuk dengan dengan terompah kayu sensorang nanti*

''bukan susah kita nak tunjukkan kesedihan kita , cuma orang akan lebih bahagia kalau lihat kita tersenyum daripada kita bersedih .''

kan? betulkan apa aku cakap tu? ke tak? okay, its up to you asalkan korang bahagia. :). Eh, korang kalau sedih mesti jadi gila gila sikit macam orang terlebih makan arang. kan? normal la bagi orang yang selalu jiwa kacau kan? haha! But, for those yang active dalam social network mesti akan lepaskan dalam Twitter, Facebook or memana je lah kan kemarahan, kesedihan , ketidakpuasan hati korang yang membuak buak macam kuah kari kepala ikan kat kedai mamak nasik kandar line clear tu kan? hum. Well, itu normal. PENDAM , PENDAM, sila PENDAM sampai one day korang tak boleh PENDAM dah, last last habis PERASAAN tu makan diri sendiri. Makan la hati tu, dahla ada satu hati. Makan pulak hati sebesar tapak tangan korang yang tak seberapa besar tu, so takde lah hati nanti. SO JADI ORANG TAKDA HATI. mau? euww! so sad! Because of that, jangan terkejut or menyesal bila one day kau unsangkarable dah lukakan hati kawan, or sesapa kat sekeliling kau disebabkan perasaan yang kau pendam tu diluahkan secara salah, or dalam erti kata lain kau terkasar bahasa pada orang yang ambil berat pada kau. kan? agree? *terasa? good then* :) sila pegi mintak maaf cepat! hihihi. hum

When orang yang selalu happy macam tak pernah makan cili or tak pernah jatuh longkang or anything ni jadi SEDIH, yeah at that time dia akan jadi SOMEONE YANG PENUH DENGAN KESEDIHAN. Bila dah sampai tahap ni dia akan berubah. Makan tak lalu macam orang baru lepas kena baling buah durian lagi, tidur pun bertemankan air mata yang berlinang macam air kolam air panas tu, cakap pon macam baru tersedar dari koma 3 minggu. buat kerja macam orang tak pernah makan nasik sepanjang hidup. hum. Maybe berubah dalam segala benda, not just in physical or mental but overall yang melibatkan kehidupan seharian dia dengan orang sekeliling. Kan? Kadang aku sendiri pun tak percaya yang aku sendiri pernah berubah sampai macam tu sekali. Okay fine, sapa tak pernah rasa sakit? cuba mengaku? tipu sangat kan? herrr. but at least selepas berdoa, mintak petunjuk semua dari Allah, everything jadi normal. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Yea, maybe not too happy. But just fine, manusia mana mungkin tak di uji oleh Maha Penciptanya. kan? 

'' Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.'' 

okay, tepuk dada tanya hati '' kalau taknak sakit lagi, sila lupakan kesedihan tu even ambil masa yang panjang, biar masa mengubati segalanya'' kan? kadang kita harus buat macam tu, baru hidup kita InsyaAllah lebih tenang. :) . wahh, emonya aku malam camni. hahahahahhahaha! *terus di lempang lelaju oleh roomate tersayang* hahah! em k fine. Please take note, kadang kadang susah orang nak jujur and berterus terang , even dengan diri dia sendiri sekalipun .banyak fake feelings sekarang ni. aku salah sorang. itu normal . hum kan? kadang kau sendiri pon tak tahu kenapa kau sedih, yeah itu adalah something yang kerap berlaku pada korang kan? ngaku ja lahhh. simple. :). Tolonglah ingat, nak membahagiakan orang tu bukan senang , tapi kalau nak buat dia terluka bila bila masa je boleh even dengan perbuatan kita sendiri . so setiap langkah kaki ke or langkah apa pon yang korang ambil dengan menggunakan akal buah anggur kelapa fikiran or tanpa berfikiran waras sekalipon, sila hati hati okay? once they get hurt, the scars stay there even luka tu dah sembuh.

I know that you hide the pain by smiling , hide the tears by laughing and hide the sadness by lying .fuhhh, please be nice to me jannah. please. :) *smiling*. Hati kita ni bukan tempat korang nak siat siat, tempat nak cucuk cucuk, nampak ja kenyal tapi IANYA SANGAT RAPUH. YEAH, IANYA SANGAT RAPUH, itu pasti. Maafkan diri ini kerana selalu menyakitimu dengan bebanan yang terlalu berat untuk ditanggung olehmu wahai Hati . Sungguh aku tidak menginginkan, tapi aku terpaksa kerana dalam diri aku yang paling kuat adalah mu wahai HATI. Tanpamu aku mati. 

Mesti korang selalu terfikir, or keep thinking bilalah nak lenyap semua kesakitan dan kesedihan yang dah sebati dengan diri korang kan? emm, semua boleh hilang secara cepat atau lambat. yang penting sekuat mana diri kita nak hadapi kesakitan tu. Bila saat nak terhenti? tidak mungkin sehingga kita menghembuskan nafas terakhir di dunia ni. Dunia ni segala kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, or anything semua ni adalah HIASAN SEMENTARA. kau kena admit semua tu, kena accept dengan redha. Itu wajib. kan? hey come on lah, bangun! bangun! kau kuat sebenarnya cuma kau tak pandai nak face masalah tu dengan betul. Nak tau caranya? Mintak petunjuk pada Allah, sentiasa sujud kepadanya. So hidup kau takkan lagi sepi. Aku pasti ! 

okay, aku harap diri aku, kau, dia dan mereka sudah di motivasikan oleh diri sendiri. Hidup ni simple actually, so macam aku kata dulu.. jangan serabutkannya okay? Good :)

okay, that's all for this entry. Next time kita story yang lebih happening okay? take a good care of yourself, keep saying Alhamdulillah atas ujian yang Allah berikan. Allah sayang kita, yaa Allah sangat sayang hambaNya. Itu pasti selagi kita sentiasa mengingatiNya dan berdoa kepadanya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment