ASSALAMUALAIKUM
Ikhlas. satu
perkataan yang sangat mudah dituturkan , namun sangat payah diukur ,
dinilai, malah tak nampak , dan tak tahu bagaimana perasaan itu yang
sebenarnya . Yes. Ikhlas itu rahsia Allah. rahsia dalam rahsia . Makin
dicari, terasa semakin misteri.-jawapan yang aku jumpa apabila
menggoogleeee cik google .
Okay, sekarang aku dah semester 4, lagi beberapa hari dah naik semester 5 . Thats mean, kakak biru jadi merah . yehaa ! ops ! lagi banyak tekanan :) Menjadi pelatih
jururawat bagi aku bukan satu tugas yang mudah . Tanggungjawab yang
tergalas dibahu makin hari semakin berat apatah lagi semakin hampir
untuk menamatkan latihan . Apabila berada di wad, memakai uniform serba
putih, bagi masyarakat, kami adalah sama . Penjawat awam, walau pada
hakikatnya, kami masih seorang student . Ya STUDENT. maka, apabila berada di wad,
realitinya, kami memang sedang bekerja . Dan bukannya sekadar praktikal .Teringat kata-kata abah,
" Hampa
training pun dapat gaji bulanan enam ratus ringgit. Ingat senang2 orang
nak bagi enam ratus sebulan? nampak je macam student, tapi tenaga hampa
dikerah, samala macam org yg dah kerja"
Yes. aku penjawat awam.
dalam tempoh
praktikal, kami berjumpa dengan bermacam-macam orang . Bergelumang dengan
pelbagai ragam manusia adakalanya menyesakkan dada . 1001 perasaan ada.
adakalanya sabar mendahului amarah dan adakalanya teruji dek iman
senipis kulit bawang. istighfar jugak yg menjadi teman dikala syaitan
memainkan peranan. Sabar itu ada hadnya. Ikhlaskah aku dalam setiap
langkahku? soalan yang sering bermain dihati .
pernah satu hari, aku bertanya kepada seorang staf dekat wad. "seronok tak kerja?" jawapannya:
"nak tak nak kena la kerja jugak. banyak yang tak seronok.terpaksa pun ada. kalau tak, mana nak dapat duit?" jawapan yang menghampakan . huh. bleerghh .
Soalan yang
beribu kali orang soal or cepumas , dan selamanya akan ada yang menyoal. "awak minat
nursing?" soalan keramat yang amat payah nak jawab. kenapa perlu
keliru dengan perasaan sendiri ?
1) Aku masuk
nursing pada mulanya bukan atas dasar minat , tapi lebih terdorong kepada
memikirkan masa hadapan yang lebih terjamin. kerja. yes, thats the word . Get me ? good. Give me 5 Abah :D
2) bila ada
something yang menguji iman masa kerja, terselit rungutaan . muka masam
mencuka macam tertelan bijik asam lagi . hati sendiri ragu-ragu. "ikhlas ke aku menjadi nurse?"
3) kadang-kadang
buat something yang payah, rasa macam nak nangis pon ada . nasib jenis kuat nih haa .masa start belajar
injection , rasa diri ni lembab sangat . tangan terketar-ketar nak buat.
nak pecahkan ampule ubat pun x reti. nerves tak hilang-hilang. time tu,
rasa nak quit pun ada . but aku try sampai boleh . yeah ! now you see naik jaa aku sem 4 ni . Alhamdulillah :)
4) tengok staf
nurse sendiri ada yang buat kerja sambil lewa , yaaa pernah tengok mungkin bagi sesapa pernah admit -.-' hope aku bila keja nanti takdak lah perangai macam tu. ada perasaan weirdo pulakk aku nih haa . hati
ni berfikir jugak , staf nurse jenis macam mana lah aku suatu hari nanti ?
5) bila
kesibukan teramat sangat melanda , rasa tak nak duduk di bidang ni . penat
dan seumpamanya . kadang stress sampai bad mood seminggu tahu ? nangis ja bila stress dengan perangai orang awam, kawan, tutor lagi . masa untuk diri sendiri pun takdak tau ?. macam tak nak jadi nurse ni . serius aku tak tipu nih . jujur ni :'(
TAPI ...
bila difikir dengan mata hati , ditimbang tara dengan fikiran yang waras, aku suka menjadi seorang jururawat.
sebab . . . . .
Budak group aku semester 4 :)
1) ini adalah tuntutan agama. membantu orang adalah satu sedekah!
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : ”
Setiap sendi di tubuh manuasia menjadi sedekah untuknya pada setiap
hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang
bergaduh adalah sedekah,kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu
mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah,
setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan
kamu membuang sesuatu yang menyakiti di jalan adalah sedekah.”
2) bila
dah masuk dalam keluarga KKM , barulah diri sendiri ada kesedaran untuk
menjaga kesihatan . Hihihi :D walaupun gaya hidup tak berapa nak sihat . Oh crap ! itu normal . kehkehkeh. then dapat tau
perkembangan kesihatan diri sendiri , dan berupaya untuk menjaga kesihatan diri dan
keluarga, insyaAllah .
3) Duit .yes, tipulah kerja taknak duit kan? ada ke orang yang ikhlas
kerja, dan nak kerja foc kan? itu namanya, ikhlas tak bertempat . nak
makan , bayar kereta, rumah, letrik , baju seluaq semua perlukan duit. bila
ada duit, maka keperluan dapat dipenuhi . dan insyaAllah dapatlah nak
buat infak . insyaAllah. teringat kata2 seorang tutor, "kerja nurse ni
memang tak kaya, tapi insyaAllah hidup tak susah"
4)
menggembirakan hati orang lain, timbul rasa bahagia. tak dinafikan,
memang seronok bila tengok orang gembira. contoh yang simple,. bila
mandikan pesakit yang tak berdaya, bau macam-macam . Kau faham faham jaa bila someone tu bed ridden, semua aktiviti daily living atas katil. then, bila siap
mandikan dia, bau wangi , nampak sihat, cantik, hensem lepas sikat rambut bagai. tak ke dapat
pahala free bila gembirakan orang lain, even sekecik -kecik kebaikan
yang dibuat ? insyaAllah sekecik-kecik kebaikan walaupun sebesar biji
sawi akan mendapat balasan. janji Allah.
5)
mengingati mati . yes, adakalanya bila diulit dengan kesenangan ,
kesibukan belajar, kita lupa padahal kita semua akan mati . bila duduk di
hospital, hari-hari ada kes kematian . adakalanya pesakit yang kita jaga
mendapat kematian setelah kita berusaha untuk selamatkan nyawa. nak buat cemana kan ? namun,
hidup dan mati itu kerja Allah . bila dan dimana kita tak ketahui. lambat atau
cepat yang membezakan kita. yes, kerja nurse always remind me of this
word "mati".
IKHLAS. macam
mana nak merasai ikhlas?? ikhlas itu rahsia Allah ! so , biarlah sama
ada perkara yang kita buat tu adalah untuk diri kita sendiri, atau untuk
orang lain... yang paling utama , kerja yang kita lakukan adalah
bertujuan untuk kebaikan dan mencari keredaan Allah . Ikhlaskah
kita ?banyak mana ikhlas? atau memang tak ikhlas ? itu bukan kerja kita !
Tidak ikhlas boleh bertukar kepada sangat ikhlas setelah kita melakukan
pekerjaan yang baik tersebut . jangan mengukur kesempurnaan di garis
permulaan amal . Beramallah walaupun hati kita terganggu oleh mazmumah
dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah .Wah ustazah pulak aku . hihi. haa. Mohon kepada Allah agar meredai
pekerjaan kita , tak kisahlah kerja apa pon, masing masing ada susah dan senang kan ? even pada mulanya kita tidak ikhlas. istighfar dan
bersangka baik kepada Allah adalah sebaiknya. jom lah ! sama sama kita perbaharui niat sentiasa kerana Allah !
KAMI dan mereka di KKIA Tmn Tun Sardon, Penang .
Home visit dekat De Garden, Penang .
Membe SEGI dengan KAMI . :)
teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan,
bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”
Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun
berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana
sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang
kotor dan sia-sia.”
So bulan Januari ni dah start Semester 5 , maka akan lebih stress dengan research , management , dengan pertandingan Konvensyen KIK lagi. bleerghhh. Lembik teruss aku lepas ni . Doakan lah aku dengan kawan kawan supaya berjaya . Thanks semua . :) kbai !