Andai kehadiranku punca goyahnya imanmu, maafkan aku . .
Andai kehadiranku punca hatimu merana, maafkan aku . .
Andai kehadiranku punca lalainya hatimu, maafkan aku . .
Andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu, maafkan aku . .
Maafkan aku kerana pernah hadir dalam hidupmu .
Maafkan aku kerana hadirku menjadi fitnah buatmu .
Luka di hati , biar aku yang pendam sendiri .
Pedih yang aku rasa, biar aku yang simpan sendiri .
Sakit yang menimpa, biar aku yang laluinya sendiri .
Perih yang menjelma, biar aku yang tangisi sendiri .
Kerana aku tahu, dirimu takkan pernah memahami apa yang sebenarnya aku tempuhi .
Kerana mungkin mereka tidak tahu, aku juga punya hati dan perasaan .
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti tersinggung dengan setiap patah bicara mereka .
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti terluka dengan kata-kata mereka .
Mungkin mereka tidak tahu, Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang .
Mungkin mereka tidak tahu, Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang .
Mungkin mereka tidak tahu, aku cuma gadis biasa yang tak mampu untuk bertahan dengan perlakuan mereka .
Mungkin
mereka tidak tahu, aku ialah seorang insan yang lemah imannya, lantas
kepercayaanku kepada mereka boleh lenyap cuma dalam sekelip mata .
Dan aku yakin, mereka memang tidak tahu kerana mereka bukan aku .
No comments:
Post a Comment