Okay, masa lapang aku di isi dengan menaip kat blog bersawang ni dengan pen dan kertas short notes yang tak tahu bila bakal habis di ringkaskan. hum. Buhsann. oh kawan please bawak aku keluar esok jenjalan :( *sila isi minyak and duit tol pastikan cukup kayh?* nak makan pasu la tu aku ni . haish
Ehem! back to the topic. Tajuk entry aku malam ni macam zaman muda dulu pulak kan, zaman sekolah menengah dulu. Alah, dulu mana nak layan benda camni. No woman no cry lah, no love no cry lah. Ahh, aku tahu lah korang tu cinta monyet je lebih. kahkahkah. :D
Tangisan dan air mata selalu sinonim dan seirama . Lawak jugak if kau menangis tanpa air mata, tangisan dan air mata ibarat sebuah sebab dan akibat. faham?
Mengapa no love no cry? mai sini nak story. *lap lah air mata tu dengan kain lap meja dapur* hoho.
Cinta always sinonim dengan kelembutan hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis sorang manusia yang hatinya sentiasa diliputi dengan sifat benci, dendam. kelembutan hati akan bawak pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah tersentuh. kan?
So tanyalah pada orang-orang yang sedang bercinta, haa macam member korang tu. Kenapa diorang begitu mudah menitiskan air mata? Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cinta, kerana sedang disakiti oleh yang mereka cintai?, or sekadar bentuk pengharapan yang ditujukan kepada yang mereka cintai. cehh. Dusta semua tu. chill babe. :) smile
Tidak lain dan tidak bukan adalah ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati to something. yeah something related to heart and feeling. faham maksud aku? hope so. :') sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu tersebut tempat bergantung. Semua bermodalkan cinta. Aku harap kau yang tengah baca ni okay.
Menangis, boleh jadi menjadi jalan terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan ombak tsunami or ombak rindu Aaron aziz melanda dan kesusahan yang teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk kurangkan beban yang menyesakkan dada yang macam dada burung tu, and menangis ja yang dapat jadi alternatif terbaik, so tak salah kau nak menangis. Menangislah, jika harus menangis. Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang menerpa hati dan perasaan. Kan comel menangis besar macam ni kan? *euh*
Menangislah jika dengan menangis kamu akan bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa manisnya hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.
Menangislah.. Dan sila renungi dalam dalam and lebar lebar untuk siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu membuatkan hati kecewa barangkali? . Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?
''Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu untuk ALLAH yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut akan api neraka, amat beruntunglah kamu.''
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 10 Jenis Tangisan iaitu :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8). Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Okay buddies, aku harap entry kali ni dapat buat korang lega sikit if ada yang rasa sedih tu, bukan apa pon sharing is caring kan? yeah give me 5. Renungkan dan selamat tersenyum dan beramal. kbai !
No comments:
Post a Comment