Okay, malam ni nak slow talk sikit. Ehem! kau dan aku sila duduk diam and kau sila fokus pada apa yang aku nak kata kat sini . Pegang penunggu aku si Ju On tu kuat sikit, nanti dia jegil kat kau sambil jalan terkedek-kedek. haha!
Em, Kita semua nak berubah kan ?..Aku, kau, dia, mereka. Dari tak elok ke lebih baik..Silap? Siapa tak pernah buat dosa? Tipu lah.. Tak ada manusia yang suci sesucinya okay..betulkan aku if aku tersilap . Thanks :) *sila baling selipar masuk toilet * hihi.
Berubah ke arah kebaikan ? yeah, memang satu penghijrahan yang sangat baik, yang tu aku tak nafikan .
Manusia, tolong jangan hukum mereka yang pernah buat silap please . Life always offer you a second chance. so? Teruskan jadi orang yang baik dari pelbagai sudut. Faham maksud aku? people please doakan mereka, jangan pulak pinggirkan . Kita tak ada hak nak hukum mereka tu. Itukan lebih baik .
Namun, berubah memang senang dilafazkan di bibir . Alah, memang talk is cheap. so no wonder la kan . Selalu orang orang kita ni , member hampa lah cekkk! emm suka sangat sebut :
"kau bawa-bawa lah berubah.. sampai bila nak macam nie.."
Senang kan? Anyone pun boleh ungkap ayat macam tu . Annoying . fuhh! lap peluh kat dahi.
Tapi, nak melaksanakannya belum tentu mudah..kan? ye dakk ? Bukan senang cek nak suruh orang berubah, kalau kita yang cakap tu tolong bimbing takpa lah jugak . so boleh sesama ke arah kebaikan. kan? bagus. Kita kalau nak pandang orang, kenalah pandang dari mata hati , bukan mata yang rabun or lenses tu saja okay ?
selalunya banyak masalah orang sekeliling kita ni , trending paling simple aku bagi ialah masalah tudung. Kalau nak bahas pasal benda ni memang panjang ler . meh sini nak story lagi .
Sekali lagi di ulangi, bukan senang nak berubah . Bukan semua orang jenis senang berubah . Ada yang cepat tu, memang kelebihan dia .
Kalau sejak kenal dunia memang tak pernah kenal hijab , bila umur dah meningkat baru nak belajar berubah, belajar berhijab . Memang la ambik masa and susah , memang liat . Banyak dilemanya , banyak dugaannya cek kan? . Hati tu selalu lemah nak tepiss dugaan dan hasutan bisikan untuk melupakan niat nak belajar berhijab .
so kita sebagai sahabat atau saudara seagama ini, janganlah kita tambah lagi dugaan mereka . Kalau permulaan cara mereka berhijab kurang betul , masih tak ikut cara berhijab yang dikehendaki Islam , jangan kita hina mereka. Janganlah kita rendahkan usaha dan niat mereka nak berhijrah. Lebih-lebih lagi kalau ada kesungguhan dihati mereka untuk berubah . okay ?
Apa kata kita tolong mereka untuk membetulkan apa yang kurang sempurna . Tegurlah kesilapan mereka dengan niat dan cara yang betul, kerana nak membimbing mereka ke jalan yang betul. Janganlah kita tegur mereka dengan niat nak mengaibkan mereka . If kita dekat tempat mereka apa kita rasa ? malu kan?bukan apa, takut nanti usaha mereka untuk berubah berhenti separuh jalan. Sayang kan?
manusia ni boleh terima teguran dengan ikhlas jika kita tegur elok elok, tak perlu nak berkasar kan ?
Diri sendiri ni pun masih jauh dari sempurna. Wahai saudara seagama saya, tolonglah tegur saya dengan niat dan cara yang sepatutnya. :)
Semoga kita sama-sama dapat hidayah dari Allah , semoga iman di dada kita masih menebal .
Tepuk dada tanya diri , bersediakah kita untuk meniti titian siratalmustakim ? Bersediakah kita untuk ke alam barzakh ?
p/s : peringatan untuk diri sendiri yang sedang leka dengan arus dunia..
No comments:
Post a Comment