''I'VE LEARNED THAT PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU SAID, PEOPLE WILL FORGET WHAT YOU DID, BUT PEOPLE WILL NEVER FORGET HOW YOU MADE THEM FEEL.''

Monday, 31 December 2012

Maafkan aku

ASSALAMUALAIKUM




Andai kehadiranku punca goyahnya imanmu, maafkan aku . .
Andai kehadiranku punca hatimu merana, maafkan aku . .
Andai kehadiranku punca lalainya hatimu, maafkan aku . .
Andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu, maafkan aku . .

Maafkan aku kerana pernah hadir dalam hidupmu .
Maafkan aku kerana hadirku menjadi fitnah buatmu .

Luka di hati , biar aku yang pendam sendiri .
Pedih yang aku rasa, biar aku yang simpan sendiri .
Sakit yang menimpa, biar aku yang laluinya sendiri .
Perih yang menjelma, biar aku yang tangisi sendiri .
Kerana aku tahu, dirimu takkan pernah memahami apa yang sebenarnya aku tempuhi .

Kerana mungkin mereka tidak tahu, aku juga punya hati dan perasaan .
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti tersinggung dengan setiap patah bicara mereka .
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti terluka dengan kata-kata mereka .
Mungkin mereka tidak tahu, Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang .
Mungkin mereka tidak tahu, aku cuma gadis biasa yang tak mampu untuk bertahan dengan perlakuan mereka .
Mungkin mereka tidak tahu, aku ialah seorang insan yang lemah imannya, lantas kepercayaanku kepada mereka boleh lenyap cuma dalam sekelip mata .
Dan aku yakin, mereka memang tidak tahu kerana mereka bukan aku . 

Saturday, 29 December 2012

Ikhlas ?

ASSALAMUALAIKUM

Ikhlas. satu perkataan yang sangat mudah dituturkan , namun sangat payah diukur , dinilai, malah tak nampak , dan tak tahu bagaimana perasaan itu yang sebenarnya . Yes. Ikhlas itu rahsia Allah. rahsia dalam rahsia . Makin dicari, terasa semakin misteri.-jawapan yang aku jumpa apabila menggoogleeee cik google .

Okay, sekarang aku dah semester 4, lagi beberapa hari dah naik semester 5 . Thats mean, kakak biru jadi merah . yehaa ! ops ! lagi banyak tekanan :) Menjadi pelatih jururawat bagi aku bukan satu tugas yang mudah . Tanggungjawab yang tergalas dibahu makin hari semakin berat apatah lagi semakin hampir untuk menamatkan latihan . Apabila berada di wad, memakai uniform serba putih, bagi masyarakat, kami adalah sama . Penjawat awam, walau pada hakikatnya, kami  masih seorang student . Ya STUDENT. maka, apabila berada di wad, realitinya, kami memang sedang bekerja . Dan bukannya sekadar praktikal .Teringat kata-kata abah,

 " Hampa training pun dapat gaji bulanan enam ratus ringgit. Ingat senang2 orang nak bagi enam ratus sebulan? nampak je macam student, tapi tenaga hampa dikerah, samala macam org yg dah kerja"
Yes. aku penjawat awam.

dalam tempoh praktikal, kami berjumpa dengan bermacam-macam orang . Bergelumang dengan pelbagai ragam manusia adakalanya menyesakkan dada . 1001 perasaan ada. adakalanya sabar mendahului amarah dan adakalanya teruji dek iman senipis kulit bawang. istighfar jugak yg menjadi teman dikala syaitan memainkan peranan. Sabar itu ada hadnya. Ikhlaskah aku dalam setiap langkahku? soalan yang sering bermain dihati .

pernah satu hari, aku bertanya kepada seorang staf dekat wad. "seronok tak kerja?" jawapannya:
"nak tak nak kena la kerja jugak. banyak yang tak seronok.terpaksa pun ada. kalau tak, mana nak dapat duit?" jawapan yang menghampakan . huh. bleerghh .

Soalan yang beribu kali orang soal or cepumas , dan selamanya akan ada yang menyoal. "awak minat nursing?" soalan keramat yang amat payah nak jawab. kenapa perlu keliru dengan perasaan sendiri ? 

1) Aku masuk nursing pada mulanya bukan atas dasar minat , tapi lebih terdorong kepada memikirkan masa hadapan yang lebih terjamin. kerja. yes, thats the word . Get me ? good. Give me 5 Abah :D

2) bila ada something yang menguji iman masa kerja, terselit rungutaan . muka masam mencuka macam tertelan bijik asam lagi . hati sendiri ragu-ragu. "ikhlas ke aku menjadi nurse?"

3) kadang-kadang buat something yang payah, rasa macam nak nangis pon ada . nasib jenis kuat nih haa .masa start belajar injection , rasa diri ni lembab sangat . tangan terketar-ketar nak buat. nak pecahkan ampule ubat pun x reti. nerves tak hilang-hilang. time tu, rasa nak quit pun ada . but aku try sampai boleh . yeah ! now you see naik jaa aku sem 4 ni . Alhamdulillah :)

4) tengok staf nurse sendiri ada yang buat kerja sambil lewa , yaaa pernah tengok mungkin bagi sesapa pernah admit -.-' hope aku bila keja nanti takdak lah perangai macam tu. ada perasaan weirdo pulakk aku nih haa . hati ni berfikir jugak , staf nurse jenis macam mana lah aku suatu hari nanti ?

5) bila kesibukan teramat sangat melanda , rasa tak nak duduk di bidang ni . penat dan seumpamanya . kadang stress sampai bad mood seminggu tahu ? nangis ja bila stress dengan perangai orang awam, kawan, tutor lagi . masa untuk diri sendiri pun takdak tau ?. macam tak nak jadi nurse ni . serius aku tak tipu nih . jujur ni :'(

TAPI ...
bila difikir dengan mata hati , ditimbang tara dengan fikiran yang waras, aku suka menjadi seorang jururawat. 
sebab . . . . .
Budak group aku semester 4 :)



1) ini adalah tuntutan agama. membantu orang adalah satu sedekah!

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : ” Setiap sendi di tubuh manuasia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang bergaduh adalah sedekah,kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang sesuatu yang menyakiti di jalan adalah sedekah.”

2) bila dah masuk dalam keluarga KKM , barulah diri sendiri ada kesedaran untuk menjaga kesihatan . Hihihi :D  walaupun gaya hidup tak berapa nak sihat . Oh crap ! itu normal . kehkehkeh. then dapat tau perkembangan kesihatan diri sendiri , dan berupaya untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga, insyaAllah .

3) Duit .yes, tipulah kerja taknak duit kan? ada ke orang yang ikhlas kerja, dan nak kerja foc kan? itu namanya, ikhlas tak bertempat . nak makan , bayar kereta, rumah, letrik , baju seluaq semua perlukan duit. bila ada duit, maka keperluan dapat dipenuhi . dan insyaAllah dapatlah nak buat infak . insyaAllah. teringat kata2 seorang tutor, "kerja nurse ni memang tak kaya, tapi insyaAllah hidup tak susah"

4) menggembirakan hati orang lain, timbul rasa bahagia. tak dinafikan, memang seronok bila tengok orang gembira. contoh yang simple,. bila mandikan pesakit yang tak berdaya, bau macam-macam . Kau faham faham jaa bila someone tu bed ridden, semua aktiviti daily living atas katil. then, bila siap mandikan dia, bau wangi , nampak sihat, cantik, hensem lepas sikat rambut bagai. tak ke dapat pahala free bila gembirakan orang lain, even sekecik -kecik kebaikan yang dibuat ? insyaAllah sekecik-kecik kebaikan walaupun sebesar biji sawi akan mendapat balasan. janji Allah.

5) mengingati mati . yes, adakalanya bila diulit dengan kesenangan , kesibukan belajar, kita lupa padahal kita semua akan mati . bila duduk di hospital, hari-hari ada kes kematian . adakalanya pesakit yang kita jaga mendapat kematian setelah kita berusaha untuk selamatkan nyawa. nak buat cemana kan ? namun, hidup dan mati itu kerja Allah . bila dan dimana kita tak ketahui. lambat atau cepat yang membezakan kita. yes, kerja nurse always remind me of this word "mati".


IKHLAS. macam mana nak merasai ikhlas?? ikhlas itu rahsia Allah ! so , biarlah sama ada perkara yang kita buat tu adalah untuk diri kita sendiri, atau untuk orang lain... yang paling utama , kerja yang kita lakukan adalah bertujuan  untuk kebaikan dan mencari keredaan Allah . Ikhlaskah kita  ?banyak mana ikhlas? atau memang tak ikhlas ? itu bukan kerja kita ! Tidak ikhlas boleh bertukar kepada sangat ikhlas setelah kita melakukan pekerjaan yang baik tersebut . jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal . Beramallah walaupun hati kita terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah .Wah ustazah pulak aku . hihi. haa. Mohon kepada Allah agar meredai pekerjaan kita , tak kisahlah kerja apa pon, masing masing ada susah dan senang kan ?  even pada mulanya kita tidak ikhlas. istighfar dan bersangka baik kepada Allah adalah sebaiknya. jom lah ! sama sama kita perbaharui niat sentiasa kerana Allah !
KAMI dan mereka di KKIA Tmn Tun Sardon, Penang .


 Home visit dekat De Garden, Penang .

 Membe SEGI dengan KAMI . :)

teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”
So bulan Januari ni dah start Semester 5 , maka akan lebih stress dengan research , management , dengan pertandingan Konvensyen KIK lagi. bleerghhh. Lembik teruss aku lepas ni . Doakan lah aku dengan kawan kawan supaya berjaya . Thanks semua . :) kbai !


Friday, 28 December 2012

Trust

ASSALAMUALAIKUM



People always ask me why I don't open up to anyone anymore . The truth is, once you start to like someone, they either move , die or betray you.. and never see them again . Put urself in my shoes, so you can feel how i feel .

She has secrets you'll never know or understand . yeah, sometimes she appears so strong on the outside . But on the inside her world is spinning upside down . you know what is pain ? She's smiling and standing tall to the out a world . She's crying and breaking down in her inner world .

She appears so happy to her mates , but alone. She shares her tears with her pillow .She knows not to get her hopes up. As they always come crashing down that hope .

She trust no one because the people she has, hurt her and leave her to pick up the pieces . She believe no one because the people she has , lie and betray her .

So for now she'll keep to her self and pretend everything is fine , when everything is wrong . I just want to share what i'm thinking just now , that is :

'' Don't depend on anyone , because even your shadow leaves you when you are in darkness ''

Sometimes when people lie , it's only because knowing that the truth would hurt so soo bad , they would hate to see you cry .let everything happens, because life goes on  :)  



I know this girl, because this girl  .. 
Is me .

Note : Be careful who you trust , if someone will discuss others with you , they will certainly discuss you with others .

Thursday, 20 December 2012

sorry kawan ini tentang kawan

ASSALAMUALAIKUM



Hello readers , salam jumaat yang mulia . Setiap hari mesti kita akan bercakap, mesej ,or anything lah yang melibatkan diri sendiri dengan semua orang di sekeliling kita or alam maya . Maksud aku 'KAWAN' So for sure akan ada gelak ketawa, happy moment, sedih , terasa, terkecewa, termeradang or ter apa sekalipon kan ? apa pon, i'm sorry okay ? :)

sometimes kau akan rasa bersalah yang teramat even kau sendiri tak tahu kenapa and kadang kau rasa down sangat sampai terkadang tu macam nak kelar leher kau sendiri hidup hidup . Okay aku tipu. sorry kawan .  sorry again. Sorry berkali kali macam mintak di baling pedang samurai . hum



Kawan? ini kisah tentang kawan . em okay lets continue .serius sikit nih .

Kawan. Setiap orang ada pengertian masing masing . Daripada sahabat atau sekadar teman. Janji kawan tetap kawan. Sebab tak ada manusia atas dunia mampu hidup keseorangan. kan? setuju dengan aku ?



Kita hidup bukan untuk kita saja okay. Mungkin sebab tu Tuhan hadirkan kawan dalam hidup kita . Untuk bagi kita kongsi apa kita rasa. Dan dalam hidup ini ada tiga jenis kawan yang akan kita jumpak. 

Kawan sebab bersebab tu yang pertama . Kawan yang mungkin beri kelebihan dekat kita. Mungkin dia ada kereta jadi kita boleh tumpang bila nak pergi mana-mana. Mungkin dia anak orang kaya yang boleh belanja kita bila-bila masa. Mungkin dia ada nama, faymes . Mungkin dia ada kuasa. Mungkin dia pandai orangnya. Kawan yang tidak sedar di sebalik persahabatan itu tersembunyi satu rahsia.

Kedua, kawan yang macam cuaca. Sekejap cerah sekejap gelap gelita. Sekejap ada sekejap tak ada. Bila kita senang dia ada depan mata tapi bila kita susah dia hilang entah ke mana . Bila dia ada masalah kita sudi luangkan masa macam kita takda masalah lagi . Tapi bila kita ada masalah dia pekakkan telinga, buat tuli ja bila kita story . Kawan yang cuma sanggup ketawa bersama namun tidak menangis bersama. Ini kawan PALING BAGUS . yeah faham maksud aku ? taknak berkasar kat sini, semua orang ada sifat masing masing kan. Nevermind, what goes around, comes around .
 

Nombor tiga, kawan sampai bila-bila. Kawan yang berjanji akan terus berkawan sampai hujung nyawa. Yang ni memang susah jumpak, tapi ada . Kawan yang berjanji akan cari semula kita dalam syurga untuk sambung persahabatan atas dunia. Kawan yang anggap masalah kita sebagai masalah dia sebab nak hadapi masalah itu sama-sama. Kawan yang nampak derita dari mata kita saat orang lain percaya dengan senyuman yang kita reka. Kawan yang tahu perangai buruk dan sejarah hitam kita tapi masih mahu bersama kita .


Lihat sekeliling kita. Kawan-kawan kita jenis yang mana satu . Sekarang lihat diri kita ni macam mana . Kita sebenarnya kawan jenis apa . Satu atau dua atau tiga, atau satu dua tiga? Kalau semua tak apa lah cek. Mungkin kita kawan pertama di mata dia namun kita sebenarnya kawan nombor tiga di mata dia yang lain pulak . Lagipun kita manusia yang tak sempurna. Jangan ingat semua orang akan suka kita, sebab kita pun bukan suka dekat semua orang di sekeliling kita kan ? deal ? .


so for those friends yang pernah tersakit hati, termakan perasaan dengan diri ni , sila lah maafkan . Kita pun tak perasan yang terkadang kita dah buatkan orang termakan liver sendiri . 


Kawanmu yang separuh jujur,
Jannah Lee 


note :  kadang kita mengharapkan yang terbaik , tapi kita lupa kita juga belum tentu dapat jadi kawan yang baik.



Berubah? Bukan senang

ASSALAMUALAIKUM


Okay, malam ni nak slow talk sikit. Ehem! kau dan aku sila duduk diam and kau sila fokus pada apa yang aku nak kata kat sini . Pegang penunggu aku si Ju On tu kuat sikit, nanti dia jegil kat kau sambil jalan terkedek-kedek. haha! 

Em, Kita semua nak berubah kan ?..Aku, kau, dia, mereka. Dari tak elok ke lebih baik..Silap? Siapa tak pernah buat dosa? Tipu lah.. Tak ada manusia yang suci sesucinya okay..betulkan aku if aku tersilap . Thanks :) *sila baling selipar masuk toilet * hihi.

Berubah ke arah kebaikan ? yeah, memang satu penghijrahan yang sangat baik, yang tu aku tak nafikan .
Manusia, tolong jangan hukum mereka yang pernah buat silap please . Life always offer you a second chance. so? Teruskan jadi orang yang baik dari pelbagai sudut. Faham maksud aku? people please doakan mereka, jangan pulak pinggirkan . Kita tak ada hak nak hukum mereka tu. Itukan lebih baik .

Namun, berubah memang senang dilafazkan di bibir . Alah, memang talk is cheap. so no wonder la kan . Selalu   orang orang kita ni , member hampa lah cekkk! emm suka sangat sebut :

"kau bawa-bawa lah berubah.. sampai bila nak macam nie.."

Senang kan? Anyone pun boleh ungkap ayat macam tu . Annoying . fuhh! lap peluh kat dahi. 
Tapi, nak melaksanakannya belum tentu mudah..kan? ye dakk ? Bukan senang cek nak suruh orang berubah, kalau kita yang cakap tu tolong bimbing takpa lah jugak . so boleh sesama ke arah kebaikan. kan? bagus. Kita kalau nak pandang orang, kenalah pandang dari mata hati , bukan mata yang rabun or lenses tu saja okay ? 

selalunya banyak masalah orang sekeliling kita ni , trending paling simple aku bagi ialah masalah tudung. Kalau nak bahas pasal benda ni memang panjang ler . meh sini nak story lagi .

Sekali lagi di ulangi, bukan senang nak berubah . Bukan semua orang jenis senang berubah . Ada yang cepat tu, memang kelebihan dia . 

Lebih-lebih lagi kalau kita dari kecik , dari muda memang tak pernah berhijab . Dari muda tak kenal aurat . Ada jugak antara kita yang tidak kenal Islam , tak kenal Allah . Memang susah nak mengubah something yang dah menjadi cara hidup kita dari kecik . Susah nak mengubah sesuatu yang dah berakar umbi dalam diri . kan ? takpa perubahan tak perlu nak rush sangat, slow slow pon okay kan ? yang penting niat kita mulia .

Kalau sejak kenal dunia memang tak pernah kenal hijab , bila umur dah meningkat baru nak belajar berubah, belajar berhijab . Memang la ambik masa and susah , memang liat . Banyak dilemanya , banyak dugaannya cek kan? . Hati tu selalu lemah nak tepiss dugaan dan hasutan bisikan untuk melupakan niat nak belajar berhijab .

so kita sebagai sahabat atau  saudara seagama ini, janganlah kita tambah lagi dugaan mereka . Kalau permulaan cara mereka berhijab kurang betul , masih tak ikut cara berhijab yang dikehendaki Islam , jangan kita hina mereka. Janganlah kita rendahkan usaha dan niat mereka nak berhijrah. Lebih-lebih lagi kalau ada kesungguhan dihati mereka untuk berubah . okay ?
Apa kata kita tolong mereka untuk membetulkan apa yang kurang sempurna . Tegurlah kesilapan mereka dengan niat dan cara yang betul, kerana nak membimbing mereka ke jalan yang betul. Janganlah kita tegur mereka dengan niat nak mengaibkan mereka . If kita dekat tempat mereka apa kita rasa ? malu kan?bukan apa, takut nanti usaha mereka untuk berubah berhenti separuh jalan. Sayang kan?

manusia ni boleh terima teguran dengan ikhlas jika kita tegur elok elok, tak perlu nak berkasar kan ? 

Diri sendiri ni pun masih jauh dari sempurna. Wahai saudara seagama saya, tolonglah tegur saya dengan niat dan cara yang sepatutnya. :)

Semoga kita sama-sama dapat hidayah dari Allah , semoga iman di dada kita masih menebal . 

Tepuk dada tanya diri , bersediakah kita untuk meniti titian siratalmustakim ? Bersediakah kita untuk ke alam barzakh ?


p/s : peringatan untuk diri sendiri yang sedang leka dengan arus dunia..

Tuesday, 18 December 2012

No Love No Cry

ASSALAMUALAIKUM

Okay, masa lapang aku di isi dengan menaip kat blog bersawang ni dengan pen dan kertas short notes yang tak tahu bila bakal habis di ringkaskan. hum. Buhsann. oh kawan please bawak aku keluar esok jenjalan :( *sila isi minyak and duit tol pastikan cukup kayh?* nak makan pasu la tu aku ni . haish

Ehem! back to the topic. Tajuk entry aku malam ni macam zaman muda dulu pulak kan, zaman sekolah menengah dulu. Alah, dulu mana nak layan benda camni. No woman no cry lah, no love no cry lah. Ahh, aku tahu lah korang tu cinta monyet je lebih. kahkahkah. :D



Tangisan dan air mata selalu sinonim dan seirama . Lawak jugak if kau menangis tanpa air mata, tangisan dan air mata ibarat sebuah sebab dan akibat. faham?
Mengapa no love no cry? mai sini nak story. *lap lah air mata tu dengan kain lap meja dapur* hoho.
Cinta always sinonim dengan kelembutan hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis sorang manusia yang hatinya sentiasa diliputi dengan sifat benci, dendam. kelembutan hati akan bawak pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah tersentuh. kan? 
So tanyalah pada orang-orang yang sedang bercinta, haa macam member korang tu. Kenapa diorang begitu mudah menitiskan air mata? Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cinta, kerana sedang disakiti oleh yang mereka cintai?, or sekadar bentuk pengharapan yang ditujukan kepada yang mereka cintai. cehh. Dusta semua tu. chill babe. :) smile
Tidak lain dan tidak bukan adalah ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati to something. yeah something related to heart and feeling. faham maksud aku? hope so. :') sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu tersebut tempat bergantung. Semua bermodalkan cinta. Aku harap kau yang tengah baca ni okay. 
Menangis, boleh jadi menjadi jalan terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan ombak tsunami or ombak rindu Aaron aziz melanda dan kesusahan yang teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk kurangkan beban yang menyesakkan dada yang macam dada burung tu, and menangis ja yang dapat jadi alternatif terbaik, so tak salah kau nak menangis. Menangislah, jika harus menangis. Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang menerpa hati dan perasaan. Kan comel menangis besar macam ni kan? *euh*
Menangislah jika dengan menangis kamu akan bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa manisnya  hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.
Menangislah.. Dan sila renungi dalam dalam and lebar lebar untuk siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu  membuatkan hati  kecewa barangkali? . Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?

''Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu untuk ALLAH yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut akan api neraka, amat beruntunglah kamu.''



“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Menurut  Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 10 Jenis Tangisan iaitu :
 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
 2) Menangis kerana rasa takut.
 3) Menangis kerana cinta.
 4) Menangis kerana gembira.
 5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
 6) Menangis kerana terlalu sedih.
 7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
 8). Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
 9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
 10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Okay buddies, aku harap entry kali ni dapat buat korang lega sikit if ada yang rasa sedih tu, bukan apa pon sharing is caring kan? yeah give me 5. Renungkan dan selamat tersenyum dan beramal. kbai !


Monday, 17 December 2012

Rantai Burung Hantu Tuh HARAM ?

ASSALAMUALAIKUM

Okay , aku dah agak dah rantai nih tak elok dah kalau dipakai .
That's why lah aku macam tak sedap hati jee nak beli hari tuh .
Yee lah , try korang tengok kat luar sana sekarang , boleh dikatakan semua budak perempuan suka pakai . Senang cakap gadis-gadis remaja lah kan .





Macam macam bentuk you .


Sumpah , dulu macam teruja nak pakai .Ye lah , macam unik jee kan , tapi pelik sebenarnya .
ramai jugak membe yang beli, bebudak kolej aku terutamanya. hum. bahaya ni . Actually pasal ni dah lama maybe korang tahu, tapi ada yang tak pasti and still pakai rantai ni . so kalau yang dah tau tu takpa lah just nak share, and yang baru tau tu hope dapat info kat sini kayh! :)


  Comel jee tengok .



Tuptup hari ni , bukak belog bukak fesbuk semua nak cakap rantai burung hantu ni HARAM kan ? serius?  Haa ce korang terjah situ --------------> sini sini

Baca lah , aku tak nak cakap lebih lebih , nanti salah dah berdosa kan ?
Yee lah , setiap apa yang aku tulis nih orang baca , so kalau silap bagi information dah lain pulak jadi nya , tak masal masal kangg kena hentam , dush dushhhhh . kbai ! :)



Saturday, 24 November 2012

KAWAN itu AKU

ASSALAMUALAIKUM

Sepanjang hidup kau, memang tak akan pernah lari dari perkataan ni bukan? ''KAWAN'' . emm, dari saat pertama kita dah start pandai cakap, dengar, lihat, rasa kita dah mula berkawan. yeah, maksud aku for the first time kita kenal erti apa itu manusia di sekeliling kita dan kita mula mulakan hubungan dengan diorang. kan? :) *sila percaya fakta auta aku boleh?* hihi. 

Aku pasti dalam hidup korang mesti pernah rasa gembira yang amat, kecewa yang amat or sedih yang amat or lagi perasaan entah apa apa yang amat bukan? haha! *shuh shuh*. okay kat sini aku bukan nak merapu apa pun, just nak merepek apa yang aku rasa dalam liver dan kelapa otak aku ni ja. harap korang yang baca ni tak jealous sangat nak baca. hihi. *ehem, pakai spek balik* :D

Eh tetiba aku play lagu ''I Won't Give Up- Jason Mraz'' . Aku suka dengar lagu ni bila aku down, or stress macam orang tak tidur 4 hari. hum. Sedih sedih. Okay tajuk entry aku macam pening sikit kan? korang faham? tak? takpe, meh sini aku nak story. 

Okay, ada sorang budak perempuan ni, tak lah famous macam Lisa surihani or kak Leefa korang tu, budak  biasa je. Ala, dia ni dok niaga siput sedut tepi jalan hospital Penang ni. Pernah nampak? dia salu sengih macam kerang wangi je tepi jalan tu. Gara gara nak pancing orang suruh beli siput sedut dia tu. ish ish. kesian. haha! Senang cerita aku kasi nama si ''B'' kat dia ni. okay, si B ni sorang yang sangat menyedihkan, sikit sikit sedih, sikit sikit nangis. ciss! sikit sikit happy macam orang kena santau angin ahmar, kadang tu MasyaAllah perangai hudoh bebenor lah sampai orang naik meluat ngan cemuih lah ngan dia. hihihi. Adalah haritu, budak ni stress pasal exam maybe. Dia silap jawab kot, adalah hilang dalam 6 markah. Serius si B tu jadi down sesangat whole week tu. Tidur tak lena macam orang hilang bulu mata, makan tak lalu macam gigi palsu hilang cz tak guna polident, mandi tak kering macam orang takde towel 100% cotton -.-' .hihi. hum. 

Puaslah si B tu nangis macam hilang seliper jepun nak masuk toilet. haih. Habis merah, bengkak mata dia. Nasib lah ada roomate tersayang dia nak tolong bagi motivasi , taklah dia buat perangai meroyan dia tu. haha. Kadang aku sendiri tak faham dia tu. Grr. Every problems = SOUND . keep rotating dalam kepala masalah yang dihadapi kan?

Okay, ada sorang Bestie si B ni, selalu memahami si B ni. si B sangat sayang la kan kat besties dia tu. That night bestie si B tu kasi benda ni :


 okay, time ni si B tu tengah study maybe. err, Bestie si B ni datang macam muka PONTIANAK kau tahu ! dia dah la tempek bedak sejuk bertompok tompok, malam pulak tu. Siap datang sesenyap ja belakang si B, mau tak cuak si B tu, habis hilang memori , ilmu yang dia dok study memain malam tu. hahaha! *padan muka kau* . :D actually, besties si B tu tau yang dia tengah sedih. so maybe nak pujok la kekonon. haha! Pujuk apa, lepas kasi terus lari lelaju keluar bilik macam lipas kudung ja . hahahaha! nak kena la tuh.macam drama kasih kekasih pulak aku tengok. 

*jeng jeng jeng* kau tahu apa dalam sampul tu? haaaaaaaa, ada surat cinta buat si B. kau ada? nak? bisik kat kawan suruh buat satu sebiljik camtu. haha! ni surat dia : 







padahal sebelah bilik je diorang nih, tapi.... haha. She's vely vely vely sweet lah si besties ni, malam tu kan si B ni terharu la sangat sampai nangis sekali lagi. SEDIH LAGI ==''. aduhai sayang. tapi! bukan sedih, happy actually. :) *lap air mata kat bulu mata kucing aku*
Dalam surat tu dia kata :

'' Dear Nurul Jannah @ si B, my little good friend. Jangan berduka dan bersedih sebab semua yang terjadi pasti ada hikmah kan? LA TAHZAN ya dear. *tersenyum sensorang*. Such a strong girl, come eat and enjoy this buah PLUM yang masam masam manis because ada kalanya kita perlukan ''masam'' dan saya sentiasa mahu awak ''manis'' - hugs :) *tersentuh hati aku ni tahu?*''

haaa, si bestie ni ada kasi sebijik buah plum sebagai tanda pujuk maybe. hihihi. :D 


by the way, plum ni sangat manis actually. haha! Si B tu kata la kan. errrrr. bukan masam pun. Hilang jugaklah lapar dia malam tu :) #Thanks to bestie.
Okay, kadang kita selalu sedih sampai satu tahap kita tak perasan orang sekeliling kita rasa perubahan diri kita yang ketara. Emm taklah sedih sangat actaully, over maybe. hihi. okay now korang dah tau sapa si B tu kan? hahahaha! teka sapa? okay teka sensorang sudah! Si bestie yang dalam cerita dongeng ni adalah sahabat baik aku, Si Nurul Fatin Syuhada binti Ghazali. Dia ni dahla baik, sopan, cantik, peramah, pandai. err macam macam lagi lah. Dia sangat sempurna depan mata aku tahu? nak berkenalan? sorry, dah berpunya. hihihihi. Sorry tien, ter ''official'' jap. hoho! 

Bagi aku, kawan yang baik dan sejati adalah mereka yang sentiasa memberi nasihat, membimbing ke arah kebaikan dan sentiasa memberi kata semangat ketika kita jatuh. Setiap kata kata mereka adalah kata kata aku. Itu yang aku maksudkan KAWAN itu AKU. Get it? Ya, memang ramai kawan kita yang baik. Aku ada ramai kawan yang baik, semua aku sayang. Act nak story pasal ramai lagi, tapi korang terlalu sempurna and tak dapat di luahkan dengan kata kata. :) Aku je yang tak seberapa nak baik, buli ja selalu. hum. Sorry girls. :) hihihi.

-Kawan yang baik tidak pernah mengumpat dibelakang kawan.
-Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan yang dimiliki oleh kawannya.
-Kawan yang baik tak pernah ajak kawannya buat perkara sia sia.
-Kawan yang baik adalah kawan pertama yang dicari tatkala sedih dan gemira dikongsi bersama.
-Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawannya ada ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang terbaik untuk kawannya.
-Kawan yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan kawannya di dunia dan akhirat.
-Kita adalah kawan baik jika kita faham kawan kita adalah tidak sempurna.

now, my teddy bear or my Mr. Muchos with Mr. Chico dah ada kawan. Nama dia Mr. Barney. haha! 

 
tadaaaaa! sweetkan diorang? Ha, si barney tu kawan bear dalam bilik aku jugak yang bestie aku kasi time my birthday dulu. hihi. Dalam perut si barney tu boleh picit picit lagi tahu? bila picit je, ada lagu.. ''I LOVE YOU, YOU LOVE ME, WE'RE HAPPY FAMILY. bla bla bla bla'' hahaha! so cute ! sebijik macam perangai orang yang kasi kat aku tuh. hohohii!

lagu dia tentang sahabat ! ni cuba nyany, nanti terasa comel tahu? hihihihi :D. 

I love you You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too
I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too

okay, saya sayang semua. setiap yang berlaku ada hikmahnya. so lepas ni let bygone be bygone. Sayang kawan saya itu si Tien tien <3 hihiks ,Thanks for everything dear ratu cantik KKPP :D. Kbai!
 


Sunday, 18 November 2012

SADNESS is my friend

ASSALAMUALAIKUM

Kadangkala apa yang kau inginkan selalu tidak terjadi, tetapi kadang benda yang kau tak inginkan selalu terjadi. Itu normal bukan? kadang kau sedih, but kau cuba cover behind your sweet face yang macam orang BAHAGIA dekat hospital Bahagia i know that's just a fake face that you can make. hum. Everything is gonna be fine *pujuk hati sendiri*. Ramai orang kata, ''Hidup ni, selalu kena move on kalau buatkan kita down or sebabkan kita serabut'' . But korang ingat senang nak move on? senang macam ABC? who says? *aku ketuk dengan dengan terompah kayu sensorang nanti*

''bukan susah kita nak tunjukkan kesedihan kita , cuma orang akan lebih bahagia kalau lihat kita tersenyum daripada kita bersedih .''

kan? betulkan apa aku cakap tu? ke tak? okay, its up to you asalkan korang bahagia. :). Eh, korang kalau sedih mesti jadi gila gila sikit macam orang terlebih makan arang. kan? normal la bagi orang yang selalu jiwa kacau kan? haha! But, for those yang active dalam social network mesti akan lepaskan dalam Twitter, Facebook or memana je lah kan kemarahan, kesedihan , ketidakpuasan hati korang yang membuak buak macam kuah kari kepala ikan kat kedai mamak nasik kandar line clear tu kan? hum. Well, itu normal. PENDAM , PENDAM, sila PENDAM sampai one day korang tak boleh PENDAM dah, last last habis PERASAAN tu makan diri sendiri. Makan la hati tu, dahla ada satu hati. Makan pulak hati sebesar tapak tangan korang yang tak seberapa besar tu, so takde lah hati nanti. SO JADI ORANG TAKDA HATI. mau? euww! so sad! Because of that, jangan terkejut or menyesal bila one day kau unsangkarable dah lukakan hati kawan, or sesapa kat sekeliling kau disebabkan perasaan yang kau pendam tu diluahkan secara salah, or dalam erti kata lain kau terkasar bahasa pada orang yang ambil berat pada kau. kan? agree? *terasa? good then* :) sila pegi mintak maaf cepat! hihihi. hum

When orang yang selalu happy macam tak pernah makan cili or tak pernah jatuh longkang or anything ni jadi SEDIH, yeah at that time dia akan jadi SOMEONE YANG PENUH DENGAN KESEDIHAN. Bila dah sampai tahap ni dia akan berubah. Makan tak lalu macam orang baru lepas kena baling buah durian lagi, tidur pun bertemankan air mata yang berlinang macam air kolam air panas tu, cakap pon macam baru tersedar dari koma 3 minggu. buat kerja macam orang tak pernah makan nasik sepanjang hidup. hum. Maybe berubah dalam segala benda, not just in physical or mental but overall yang melibatkan kehidupan seharian dia dengan orang sekeliling. Kan? Kadang aku sendiri pun tak percaya yang aku sendiri pernah berubah sampai macam tu sekali. Okay fine, sapa tak pernah rasa sakit? cuba mengaku? tipu sangat kan? herrr. but at least selepas berdoa, mintak petunjuk semua dari Allah, everything jadi normal. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Yea, maybe not too happy. But just fine, manusia mana mungkin tak di uji oleh Maha Penciptanya. kan? 

'' Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.'' 

okay, tepuk dada tanya hati '' kalau taknak sakit lagi, sila lupakan kesedihan tu even ambil masa yang panjang, biar masa mengubati segalanya'' kan? kadang kita harus buat macam tu, baru hidup kita InsyaAllah lebih tenang. :) . wahh, emonya aku malam camni. hahahahahhahaha! *terus di lempang lelaju oleh roomate tersayang* hahah! em k fine. Please take note, kadang kadang susah orang nak jujur and berterus terang , even dengan diri dia sendiri sekalipun .banyak fake feelings sekarang ni. aku salah sorang. itu normal . hum kan? kadang kau sendiri pon tak tahu kenapa kau sedih, yeah itu adalah something yang kerap berlaku pada korang kan? ngaku ja lahhh. simple. :). Tolonglah ingat, nak membahagiakan orang tu bukan senang , tapi kalau nak buat dia terluka bila bila masa je boleh even dengan perbuatan kita sendiri . so setiap langkah kaki ke or langkah apa pon yang korang ambil dengan menggunakan akal buah anggur kelapa fikiran or tanpa berfikiran waras sekalipon, sila hati hati okay? once they get hurt, the scars stay there even luka tu dah sembuh.

I know that you hide the pain by smiling , hide the tears by laughing and hide the sadness by lying .fuhhh, please be nice to me jannah. please. :) *smiling*. Hati kita ni bukan tempat korang nak siat siat, tempat nak cucuk cucuk, nampak ja kenyal tapi IANYA SANGAT RAPUH. YEAH, IANYA SANGAT RAPUH, itu pasti. Maafkan diri ini kerana selalu menyakitimu dengan bebanan yang terlalu berat untuk ditanggung olehmu wahai Hati . Sungguh aku tidak menginginkan, tapi aku terpaksa kerana dalam diri aku yang paling kuat adalah mu wahai HATI. Tanpamu aku mati. 

Mesti korang selalu terfikir, or keep thinking bilalah nak lenyap semua kesakitan dan kesedihan yang dah sebati dengan diri korang kan? emm, semua boleh hilang secara cepat atau lambat. yang penting sekuat mana diri kita nak hadapi kesakitan tu. Bila saat nak terhenti? tidak mungkin sehingga kita menghembuskan nafas terakhir di dunia ni. Dunia ni segala kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, or anything semua ni adalah HIASAN SEMENTARA. kau kena admit semua tu, kena accept dengan redha. Itu wajib. kan? hey come on lah, bangun! bangun! kau kuat sebenarnya cuma kau tak pandai nak face masalah tu dengan betul. Nak tau caranya? Mintak petunjuk pada Allah, sentiasa sujud kepadanya. So hidup kau takkan lagi sepi. Aku pasti ! 

okay, aku harap diri aku, kau, dia dan mereka sudah di motivasikan oleh diri sendiri. Hidup ni simple actually, so macam aku kata dulu.. jangan serabutkannya okay? Good :)

okay, that's all for this entry. Next time kita story yang lebih happening okay? take a good care of yourself, keep saying Alhamdulillah atas ujian yang Allah berikan. Allah sayang kita, yaa Allah sangat sayang hambaNya. Itu pasti selagi kita sentiasa mengingatiNya dan berdoa kepadanya. Wassalam.

Thursday, 15 November 2012

surat cinta buat bakal crush!

ASSALAMUALAIKUM

okay, my diwali leave yang banyak sampai berbakul bakul sudah tinggal 2 hari . FINE itu sangat bagus untuk aku . Yeah, bagus untuk aku yang tak sukakan cuti panjang ni. Yeah jugakk dimana menghabiskan cuti dengan melepak dirumah, jenjalan dan berjimba jimba dengan kenkawan. Fuhhh! *lap peluh di hidung* haha! Hmm, ala kat rumah aku main bedal ja nak tido pukul berapa pun, bangun pukul berapa pun takda sape kacau! haha *padahal kena simbah air sabun basuh keta abah aku* yipiii!

okay, dengan bangganya aku bangun dan terus capai towel nak pegi mandi . *muka bangun tido* . Then datang pulak Puan Norani kau!

''Sila bangun cepat sikit, pegi mandi cepat cepat pastu siap, bawak mak pegi market'' 
okay itu sangat suweeet dari Puan Noraini. Lantas aku yang separuh sedar pon jalan lelaju macam KUMBANG TAKDA KAKI! bhahaha! sadisnyaaaaa!

Bahagianya nak balik Hostel usang tu. Yeeehaaaa! Selamat tinggal kau Ju On, please jangan rindu aku. *terjun longkang* hhahaha! okay cukup! straight to the point. Aha! Title entry for today macam pelik sikit bukan? ahaha! adakah Putera katak, Putera William's atau Adi Putera mungkin yang telah berjaya menawan hati batu aku ini? mari kita lihat siapa yang kena untuk baca surat nih! *baling guli bernombor* hahahahahahahahahahaha *kena terajang dengan Norlia Ghani sebab gelak banyak sangat* :D

*Okay, sebelum tu , wahai crush saya sila lah rajin bukak mata yang comel itu dan baca surat ini dengan muka yang handsome macam Aaron aziz or habis hodoh pun sehansem Aeril Zafril okay? hahaha! Alamak alamak mati aku nanti terus awak taknak kawan dengan saya kan? sorry crush! :) *campak kau tepi hutan dulu* hihiks! okay, dalam kepala korang mesti tengah fikir macam macam kan apa terjadi? Aku ni terjumpak sesape ke tepi jalan, pastuh terjatuh longkang dan terus jatuh cinta. Ouh! No no no! bukan yer yer yer. Euh menyampah! hihi.



*nak mula dah ni, sila focus and buka mata sebesar bola sepak yang korang main tu okay? hoho!

''Ke hadapan bakal kekasih yang Single, Handsome, tinggi , berpangkat jutawan, berumahkan Villa cristal setinggi 3 tingkat yang masih tidak diketahui siapa, di sini saya dengan penuh perasaan sayang yang melimpah ruah dari mangkuk Nata De coco yang dimakan tadi ingin menyatakan hasrat ingin menjadikan awak sebagai bakal crush saya yang comel macam muka semut ini. Hewhewhew *sila jentik hidung lelaju dan humban masuk gaung* haha! emm emm, saya tahu awak dulu banyak selingkuh dengan ramai gadis gadis di luar surat seberat kampit beras 10 kilo bersawang ini. kan? elehhh, tahu lah jangan menipu you! I bakar rumah you duduk sekarang kang. hergh! hmm. Okay, sila diam dari mengata i. ish!.

Em even saya ni janda anak dua, perangai slumber dekk je nak pukul orang, jual anak sebagai anak ayam demi topup telefon, pakai baju pon butang tak cukup, tapi hati saya ikhlas tahu? tapi tak bermakna saya tak boleh bercinta okay? tambah tambah awak yang saya suka sampai makan keluar ikut hidung, mandi basah satu rumah, tidur sampai kena simbah dengan air sabun. Tapi takpe, saya tetap sayang awak tahu? Begitu besar pengorbanan sya kat awak sampai ada mamat cashier kat 7 eleven tu usha saya tapi saya buat taktau je sebab sayangnyaa saya kat awak. Tak pernah terlintas pun kat kelapa otak saya nak curang terhadap perasaan saya ni. Sebab? saya pernah dengar awak bersembang dengan kawan awak . awak kata  :

''  AKU INGIN MENCARI SEORANG WANITA YANG ADA SIFAT KEIBUAN DAN TIDAK MEMENTINGKAN PANGKAT DAN DARJAT, HARTA SEMUA TUH''

haaa, see saya la tu awak! Saya dahlah ibu tunggal! ada anak 2 orang. Sorang nama Damia Aleesya, sorang nama Ahmad Danial. Diorang comel macam saya jugak. Tak percaya? Sila Gooooglee search nama Emma Watson dengan Zayn Malik. HAHAHA! nanti bila anak saya besar umur 20 tahun, muka diorang sejibik macam tu. hahaha! *kena lempang lelaju dari mak tiri Zayn malik sebab curi publicity anak dia*

tapi dari segi harta, pangkat semua tu sya tak boleh elak. takkan nak kasi anak saya makan butang baju melayu awak yang berkarat tu? hmm? takkan makan pasir yang berselut air garam dan garam kasar tu? emm, takpe takpe. saya kurangkan sikit lah syarat saya ni kan. Deal? *padahal aku yang terhegeh macam melukut tepi kuali berlumut* haha! emm, Yang penting awak ada pekerjaan tetap dan boleh tanggung kami sekeluarga dan ada iman dan agama yang baik serta boleh bimbing kami. Ceeewaaaah! Itu pun cukup bertuah bagi saya wak. Satu je pesanan saya kat awak'' jangan pernah manjakan saya dengan harta dan duit, tetapi manjakan dengan kasih sayang awak yang sentiasa berbelah bahagi dengan skandal awak kat luar tu'' okay? saya redha je awak. *senyum macam kucing tertelan ekor biawak padahal tengah fake feeling* hihi! 

Alah, lagipun saya pernah terkutip resit bank awak time awak withdraw duit. Total balance semua RM 12.50 sen kan kan? Ngaku jelah. Kan dah kayap papa kedana disebabkan si skandal awak yang pisau cukur tu. Tu pon tak serik serik lagi nak pasang lagi sorang skandal. kaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn? *kena lempang sekali lagi dengan awak* SAMPAI HATI KAU! aku ceraikan kau talak 3! ehh ehh. terbalik character. ehem back to the point. haa. betul la kan? see!. Awak nak ke dapat Syphillis? euhh saya tak nak! terus saya reject awak dalam memori saya. *buang otak dalam mesin basuh* hum.  Awak, please lah sedar dari mimpi. Awak tu dahla hensem macam Salmon khan, single, kaya. tapi Lifestyle tak comey pong! guane wakk? maghi saye bimbing. hihiks :D *ikat tali kat tangan*

Awak, saya tahu saya ni taklah secomel Diana Danielle, scha Alyahya, or Lisa surihani. But, boleh la tahan kalau nak di comparekan dari Diva si Ning Baizura tu. okay tak? hihiks! *ngade kauuuuu* em. Tapi saya nak awak tahu, secantik mana pun wanita itu, sekaya mana pun wanita itu, tetapi tidak menjaminkan cinta yang berkekalan. *Padahal jeles dan restless macam ibu labi labi nak bertelur* hahahaha! ops! yaa, saya harap awak tak kisah berkawan dengan sya yang tak lah sekaya mana pon even setiap hari makan roti sekaya cicah milo je wakk. Yang penting saya ada hati yang ikhlas dan ingin berkawan dengan awak or one day maybe awak jadi cinta yang halal buat saya. *mata berair dibulu mata unta* kan awak? *kesat air mata dengan kertas surat khabar* 

 Awak, dalam dunia ni sebagai tempat persinggahan je wak sebelum kita menuju akhirat nanti. Saya harap sangat dapat menemui kebahagiaan dunia dan akhirat. Saya harap sangat ada seorang lelaki yang boleh bimbing hidup saya ke jalan yang lurus. *terdiam kejap fikir ayat* emm, haa! bukan setakat jalan yang lurus je wak, tapi jalan yang benar. eh bukan senang kot awak oii! even jalan lurus kat highway plus tu, bawah jalan pun still ada lubang yang boleh buat jalan tu berlubang balik. who knows?haa, faham? ke tak faham? abaikan! emm. lembab lah kau! hohoho*kena baling tembikai 8 bijik kat sixpack aku* hihiks! 

saya ni bukan berasal dari keluarga yang senang macam awak. Awak takpelah dulu masa berhingus kuning hijau lagi mintak ape semua dapat. Even nak beli Helicopter Donald Trumph tu pon Daddy awak sanggup beli. Tak jejas pulak tu ekonomi saham ayah awak. begitu kayanya awak si klon Salmon khan! ciss! *jeles*
haha! Try awak fikir nasib saya ni, nak makan pon kena puasa 5 hari baru dapat beli satu slice blueberry cheese cake. Betapa sedihnya saya awak tahu?. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. *lap hingus* hoho! ehem. 

*one day anak saya si Damia bertanya :

Ibu Ibu, kenapa Damia takde papa? kenapa kawan damia semua ada papa boleh bawak pegi main dekat playground , pegi berkelah tepi pantai, masak sesama, basuh keta sesama semua ibu? papa pergi mana ibu? Papa tak pernah sentuh pun Damia macam papa orang lain.

Papa dah takde damia, dia pergi menikah dengan skandal dia dulu. Sanggup dia tinggalkan mama sensorang dengan anak dua kat rumah papan bakal runtuh 2,3 jam lagi ni. Mama takkan maafkan dia hingga dia datang melutut depan pasu bunga mama yang dia pecahkan time bergaduh dulu. Eh, beli mahal tau kat kedai bunga depan jalan tu. hum.

*biru tu damia
*purple tu saya

sangat tragis kisah hidup saya awak. Dulu saya menikah dengan dia sebab saya tertipu dengan segala janji manis macam gula prai dia kasi kat saya. Sedangkan dia selingkuh dengan saya hidup hidup. Saya buta hati, sakit hati,patah hati semua ada. *meraung seperti orang nak beranak* Sebulan lepas saya tau dia kawen lain, saya dapat tau yang dia kemalangan time nak pergi jemput bini dia makan tutti fruitty dekat jitra tu. Tau jitra? alah jitra pun taktau! ehem! *lap air mata kering* emm, sebab tu saya nasihatkan awak supaya tak berskandal lagi dah. Tuhan tu maha Adil. Siap bayar CASH lagi awak tahu? Saya tergolong dalam golongan orang teraniaya. hum.  

Setiap kali Damia dengan Danial pegi main dekat playground dan naik basikal, saya selalu termenung macam orang gila bayang dan berfikir sape lah yang sanggup tanggung kehidupan saya dan anak anak saya ni dengan seikhlas hati nyamuk. Alahai! Sayu je muka saya macam tak makan nasik 2 hari. *minum air limau*.
Agak agak awak sedih tak baca story saya yang takde moral value ni? Agak awak sudi tak jadi crush saya? *tadah tangan berdoa dan melutut* saya harap selepas awak baca surat ni, awak sudi lah penuhi impian Cindarella saya ni. :) 

Sudah lama saya menunggu lafaz ''AKU TERIMA NIKAHNYA'' untuk dilafazkan pada seseorang yang betul betul layak menerima saya seadanya. dan saya berharap orang yang layak menerimanya adalah awak si klon Salmon khan! hihihi. Mesti sweet kan, suap ice cream, main baling baling pisau, main tembak tembak dengan senapang gajah, main humban humban dalam laut. kan? sweet kan kita? hmm :) kalau boleh lepas awak baca surat ni, silalah faham faham hantar rombongan sekampung dekat rumah saya, tapi pastikan hantaran 22 dulang .Kurang satu, sila balik ! Pintu rumah terbuka luas! HAHAHAHAHA! okay awak sayang? *kena pulas kepala dengan Khatijah tan sebab buat gaya pak uda*. Even macam mana pun awak, saya tetap mengingati awak saat saya terbangun dan tidur malam. Awak, saya tersenyum gembira macam orang hilang gigi palsu sebab tak guna polident hari ni sebab dapat tulis surat cinta buat awak tahu? :).... okbai!

Crushmu yang janda,
Jannah Lee